1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Tuesday, July 29, 2008

100 Tahun Sekolahku- KSAH

Kebetulan aku balik Alor Setar untuk melawat ibuku yang terlantar di wad di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Pada masa yang sama negeri Kedah juga sedang menyambut ulang tahun ke 50 pemerintahan KDYMM Tuanku Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Di samping itu juga bekas sekolahku, Kolej Sultan Abbul Hamid juga menyambut ulang tahun ke 100 pada tahun ini. Sekolah itu ditubuhkan pada tahun 1908 sebagai Government English School.

Sewaktu aku masih lagi bersekolah di situ pada tahun 60an dahulu, aku berpeluang untuk turut serta meraikan sambutan ulang tahun ke 70 sekolah iaitu sambutan Diamond Jubilee.

Balik semula ke sekolah yang mempunyai catitan sejarah ini membawa nostalgia dalam diriku. Kenangan pahit manis bersekolah di situ sememangnya memberikan kesan nostalgik khususnya apabila melawat kembali kelas-kelas di mana aku pernah belajar.
Apa yang agak mengeciwakan sewaktu kunjunganku itu, ialah tidak bertemu dengan rakan-rakan lama yang sama-sama bersekolah disitu.

Selaku bekas pelajar aku ingin merakamkan penghargaan dan tahniah ada sambutan ulang tahun ke 100 Kolej Sultan Abdul Hamid itu. Semoga sekolah ku ini akan terus maju dan terus melahirkan pemimpin-pemimpin negara seperti masa-masa lalu.

Klik untuk ke laman sambutan 100 tahun KSAH - SAHOCA.
Kredit gambar di atas : Wikipedia.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List