1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Sunday, August 31, 2008

Kemanangan

Malaysia telah menyaksikan satu kemenangan yang amat dinanti-nantikan. Baru-baru ini Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memanangi semula kerusinya di Permatang Pauh setelah BN mencurahkan seluruh kekuatannya untuk mengagalkan misi DSAI itu. Itu tak ambil kira lagi berapa juta Ringgit Malaysia telah ditaburkan untuk membeli undi. Syukurlah pengundi di Permatang Pauh tidak mudah dibeli. Nilai dan harga diri mereka tidak berjaya dilacurkan oleh BN yang kemaruk kemenangan itu.

Seminggu sebelum itu, aku merasakan atu kemenangan juga apabila Kedah berjaya mengalahkan Selangor untuk mencipta sejarah sebagai juara Piala Malaysia dan double treble iaitu memenangi tiga piala sekaligus dua tahun berturut-turut.

Malam ini negara menyambut hari kebangsaan ke 51 dengan tema kali ini Perpaduan Teras Kejayaan. Sememangnya kita perlukan perpaduan ini dikukuhkan.

Kelmarin PM telah mengumumkan Bajet 2009. Seperti biasa semua kaki ampu akan mengatakan ianya bajet yang baik. Tidak pernah pun aku mendengar orang komen mengatakan bajet yang dibentangkan tidak baik. Hanya seorang sahaja yang realistik apabila membuat komen tentang Bajet itu iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. DSAI telah menyebut bahawa bajet yang dibentangkan itu hanyalah untuk mengula-gulakan rakyat dan saya amat bersetuju.

Salah satu yang menarik bagiku dalam bajet itu ialah tentang pemberian tiket percuma kepada rakyat Sabah dan Sarawak yang berkhidmat di Semenanjung. Mereka diberikan tiket penerbangan percuma untuk balik ke Sabah atau Sarawak sekali dalam setahun. Persoalannya mengapa hanya untuk Sabah dan Sarawak sahaja. Bagaimana dengan mereka yang berasal di Semenanjung dan bekerja di Sabah dan Sarawak. Ini tidak adil!!!!.

Apa yang aku dapat dengan bajet ini? Sebula bonus sahaja. Mengharapkan Cola dan ITP dinaikkan tetap tidak ada. Semoga CEUPACS akan berjaya mempengaruhi Menteri Kewangan untuk tujuan ini.

Rakyat Malaysia kini menunggu 16 September 2008. Tarikh yang sedang hangat diperkatakan tentang perubahan kerajaan. Rakyat sudah muak dengan pemerintahan kerajaan Barisan Nasional selama 50 tahun yang lepas. Kini mereka tertunggu-tunggu untuk merasakan pula bagaimana pemerintahan kerajaan baru. Insyaallah dimakbulkan. Sama-samalah kita doakan agar kerajaan BN ni tumbang. Cukuplah 50 tahun.




No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List