1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Monday, September 01, 2008

1 Ramadhan 1429

Hari ini bermulanya 1 Ramadhan dan umat Islam seluruh dunia mula berpuasa. Tetapi dalam ramai yang sibuk nak mengamalkan ibadan sekali setahun ini, ada juga yang mula merungut kerana gastrik. Alamak, ruginya. Aku pun dulu kalau lewat makan, perut akan masuk angin. Mulalah angin membuak-buak knak keluar. Pengalaman angin ni aku terasa benar semasa bulan puasa tahun lepas. Waktu itu aku dalam penerbangan balik dari Kuching ke Kuala Lumpur dengan MAS. Angin keluar membuak-buak. Dah lah tertolak untuk keluar melalui mulut, sekali sekala ada juga yang nak keluar melalui dubur. Rasa macam nak terkentu saja. Tetapi takkanlah aku nak kentut dalam kapalterbang. Malula. Perjalanan satu jam setengah itu amat menyiksakan bagiku. Tapi nasib baik puasaku tidak terburai.

Hari pertama berpuasa nampaknya ramai yang bersemangat untuk berbuka. Petang tadi aku keluar untuk membeli juadah untuk berbuka puasa. Pertama sekali aku ke Seri Petaling, tempat yang biasa aku pergi untuk membeli juadah berbuka setiap tahun. Macam biasa ramai pengunjung. Aku berjalan dari hujung ke hujung dan kali ini tidak banyak yang menjual kuih. Majoriti menjual lauk pauk. Tu pun dah hampir habis. Laku betul. Nak beli murtabak tapi ramai sangat yang menunggu. So di Seri Petaling aku tidak membeli apa-apa. Aku mengambil keputusan untuk pergi sahaja ke Sungai Besi. Tup-tup aku ubah fikran dan pergi ke Desa Tasik. Sama seperti di Seri Petaling, ramai yang menjual lauk pauk. Gerai murtabak pun ramai yang berkerumun. Tak beli apa-apa.

Aku pergi pula ke Sungai Besi. Dalam perjalanan melalui Bandar Tasik Selatan. Sepanjang jalan terdapatbgerai jualan juadah tetapi aku tidak berpeluang untuk berhenti kerana tidak ada tempat untuk parking. Terus saja ke Sungai Besi.

Sungai Besi pun macam di Seri Petaling dan Desa Tasik. Sebahagian gerai sudah tutup kerana jualan sudah habis. Yang tinggal pun dikerumuni pembeli. Jadi nampak bersemangat betul umat Islam hendak berbuka. Entahlah sama ada semangat nak berpuasa sama seperti semangat hendak berbuka.

Aku tidak beli apa-apa pun.

Macam biasa apabila tiba Ramadhan, ramai juga yang rajin beribadah. Mesjid dan Surau mula dikunjungi ramai untuk sembahyang Tarawih. Tarawih hanya datang setahun sekali sahaja dan hanya ada dalam bulan Ramadhan sahaja. Pelik juga mengapa umat Islam hanya berlumba-lumba nak beribadah dalam bulan Ramadhan sahaja sedangkan Allah menurunkan pahala sepanjang tahun. Aku masih ingat lagi utaz berkata ada beberapa kategori orang yang sembahyang. Golongan pertama sembahyang sehari semalam lima waktu. Golongan kedua, sembahyang seminggu sekali. Golongan ketiga yang sembahyang setahun dua kali dan golongan terakhir yang tak pernah sembahyang.

Malam tadi aku terlepas sembahyang Tarawih kerana berada di luar rumah. Miss........

Kemuliaan Bulan Ramadan (disalin dari Utusan Malaysia Online)

* Kemuliaan serta kelebihan Ramadan sabit dengan al-Quran dan hadis Nabi SAW. Sesungguhnya Ramadan telah dipilih oleh Allah sebagai bulan bagi umat Islam melaksanakan ibadat puasa. Firman Allah: Wahai orang yang beriman! Difardukan ke atas kamu puasa (Ramadan). (al-Baqarah: 183)

* Ramadan juga adalah bulan diturunkan al-Quran. Firman Allah: Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan daripada petunjuk dan pembeza. (al-Baqarah: 185)

* Malam al-Qadar juga wujud pada bulan ini sahaja. Dalam bulan ini juga disunatkan kita bersolat Tarawih. Ini kerana pada bulan lain, solat sunat Tarawih tidak disyariatkan.

* Ketika Ramadan juga, pintu syurga dibuka. Sabda Rasulullah SAW: Apabila datang Ramadan, dibuka pintu-pintu syurga. (riwayat Bukhari)

* Bahkan pintu-pintu neraka akan ditutup dan syaitan pula diikat. Sabda Rasulullah SAW: Apabila masuk bulan Ramadan dibuka pintu syurga, ditutup pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan. (riwayat Bukhari)


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List