1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Friday, September 26, 2008

Di Penghujung Ramadhan Ini

Ramadhan semakin sampai ke hujungnya. Hari Raya Aidil Fitri akan menjelang dan persiapan sedang rancak dilakukan. Kat pejabat pun sudah mood nak raya. Kampung halaman sudah terbayang. Kuih muih, ketupat dan rendang juga bagaikan sudah terbau.

Persiapan raya? Bagi diriku belum ada apa-apa persiapan. Yang penting ialah untuk anak-anak. Mereka yang ingin sangat mengenakan baju baru, kasut baru. Bagi diriku habis-habis nak beli pun baju Melayu baru itu sahaja.

Hari ini juga hari terakhir untuk sembahyang Jumaat. Aku sampai agak terlewat juga kerana terlena tadi. Apabila sampai khatib sedang hendak menghabiskan kutbahnya. Nasib baik aku sudah ambil wuduk di rumah, so taklah tergesa-gesa sangat.

Semasa sembahyang Jumaat tadi, kekyusukan aku dan tentu juga jemaah yang lain terganggu apabila ada telefon bimbit berdering. Tak tahu siapa punya. Nasib baik juga deringan itu bukan sesuatu yang melucukan, jika tidak tentu ramai yang mungkin terbatal sembahyangnya.

Aku teringat satu kenyataan di surau-surau R&R di Lebuhraya Utara Selatan. Papan peringatan yang disediakan oleh TM berbunyi, "Tidak ada panggilan yang lebih baik dari seruan solat". Sememangnya fikiran aku sudah mula berkecamuk apabila kedengaran deringan itu. Aku mula terbayangkan apakah orang yang memanggil itu tidak sedar bahawa waktu itu waktu solat. Sekurang-kurangnya pekalah dengan masa. Sepatutnya dijasikan satu disiplin untuk tidak mendial nombor telefon mana-mana orang Islam dalam tempoh sepuluh minit selepas masuk waktu sembahyang. Sekurang-kurangnya jika orang yang kita telefon itu tidak terganggu sembahyangnya jika dia sembahyang sebaik sahaja masuk waktunya.

Aku tidak pasti lagi bila hendak bertolak balik ke Alor Setar. Namun firtah untuk aku dan keluarga bagi tahun ini sudah settle.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List