1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Saturday, September 06, 2008

Kerajaan Baru 16 Sept Mustahil

Aku petik keseluruhan berita seperti yang disiarkan dalam Berita Harian. Mustahil PR boleh menjadi kerajaan pada 16 September ni. Perkataan mustahil ni juga dikatakan oleh UMNO dalam pilihanraya Permatang Pauh yang lalu. Mustahil Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mendapat majoriti 15000. Tapi apa hasilnya? Bukan sekadar 15000 tetapi lebih dari itu. Jadi tidak ada yang mustahail pada rakyat yang sudah muak di bawah BN sejak 51 tahun yang lala.

Oleh Abdul Razak Raaff dan Azrina Ahzan
bhnews@bharian.com.my

Tiada Ahli Parlimen Barisan paling tadah, sertai Pakatan

PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi percaya hasrat pembangkang mengambil alih pemerintahan daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 16 September ini, seperti yang heboh dicanangkan menerusi SMS semalam, tidak akan berlaku.

Perdana Menteri berkata, rancangan itu tidak akan berhasil kerana tiada Ahli Parlimen BN yang mahu melompat menyertai Pakatan Rakyat seperti didakwa parti pembangkang.

"Saya tahu Ahli Parlimen BN tidak mempunyai niat keluar meninggalkan parti kerana mereka bukan yang suka lompat dan nak bersekongkol dengan pembangkang. (Penulis: Adakah Ahli Parlimen BN akan memberitahu niat masing-masing kepada Pak Lah jika nak keluar meninggalkan parti. Takkan politikus yang ada akal nak tana dulu kat Pak Lah sama ada boleh tak keluar dari parti. hahahahahahha.......)Ini kerana kita (BN) bukan kerajaan yang kalah... parti masih memerintah dan kerajaan mampu menjalankan pemerintahan dengan baik demi rakyat. (Penulis: Satu dunia tahu yang kita (BN) bukan kerajaan yang kalah. Hanya kehilangan 5 negeri dan 1 Wilayah Persekutuan sahaja. Tapi bagaimana kalau 30 orang berpindah platform politik mereka? Bukankah BN akan hilang sepenuhnya majoriti. Tentu kalah juga namanya. hahahahahaha..........)

"Soal nak rampas kuasa atau guling kerajaan ini tidak akan berlaku," katanya pada sidang media selepas melancarkan portal Sistem Sokongan Pelesenan Perniagaan Elektronik (Bless) di Bangunan Perdana Putra, di sini semalam. (Penulis: Siapa pula nak rampas kuasa? Siapa pula nak guling kerajaan? Yang saya tahu DSAI hanya nak tukar kerajaan secara anam dan sah tanpa sebarang pertumbahan darah. hahahahahhaa......)

Hadir sama ialah Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan, dan Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah), Tan Sri Yong Poh Kon.

Abdullah ditanya mengenai penyebaran SMS menyenaraikan rentetan peristiwa yang kononnya akan menjurus kepada penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 16 September ini.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang sebelum ini beberapa kali mendakwa ramai ahli Parlimen BN akan melompat parti menyertai Pakatan Rakyat untuk membolehkan beliau membentuk kerajaan pada 16 September.

Perdana Menteri berkata, impian Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan itu sebenarnya hanya bergantung kepada ahli Parlimen BN berpaling tadah tetapi beliau akan memastikan perkara sedemikian tidak akan berlaku. (Penulis: Salah satu caranya ialah dengan melarikan Ahli Parlimen itu ke luar negara.)

"Kita tidak akan beri peluang untuk mereka menubuhkan kerajaan pada 16 September. Tidak," katanya sambil menegaskan, pembangkang tidak akan dapat mencapai impian mereka jika semata-mata bersandarkan harapan penghijrahan ahli Parlimen BN.

Mengenai cadangan Kelab Ahli Parlimen BN (BNBBC) mengadakan program lawatan sambil belajar ke luar negara bermula esok hingga 19 September ini, Abdullah berkata ia tiada kaitan dengan apa yang diuar-uarkan pembangkang.

"Kalau mereka nak pergi biarlah... apa nak kaitkan dengan bulan ini. Saya dengar mereka akan pergi dan biarlah kerana ia keputusan mereka dan bukan satu yang susah... tak ada cerita lain nak tanyakah, balik-balik cerita ini (dakwaan Anwar akan mengambil alih kerajaan)," katanya.

Ditanya sama ada beliau membincangkan soal itu ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, Abdullah berkata beliau memberi penerangan mengenai pelbagai perkara yang berlaku sepanjang minggu.

"Baginda memahami kerajaan melakukan pelbagai perkara bagi meningkatkan pentadbiran demi kepentingan kebajikan rakyat berhubung kenaikan harga minyak mentah dunia serta barangan keperluan.

"Kita tidak boleh duduk diam saja dan berharap perkara akan selesai sendiri. Sudah tentu kita perlu menjalankan tanggungjawab dan mengotakan janji kepada rakyat. Ini termasuk menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan awam seperti Badan Pencegah Rasuah (BPR)," katanya.

Abdullah gembira dengan usaha BPR menambah baik sistem penyampaiannya termasuk pengambilan pegawai, penyediaan latihan, pengauditan dan penyiasatan yang dilakukan secara profesional.

Namun, katanya, tentu ada pihak yang akan menuduh kerajaan berkonspirasi dengan agensi berkenaan seperti sering dilaungkan PKR apabila dua pemimpin mereka didakwa di mahkamah atas tuduhan berkaitan rasuah.

"Kita tidak boleh memberitahu semua orang apabila ada saja kesalahan yang dilakukan ahli parti pembangkang, maka ia adalah satu konspirasi. Ini perkara gila... yang salah tetap salah sama anda di pihak kerajaan atau pembangkang," katanya.

Bulan lalu, BPR mendakwa lima lelaki termasuk dua Exco Perak daripada PKR di Mahkamah Sesyen Ipoh atas tuduhan terbabit dengan rasuah membabitkan satu projek perumahan di Seri Iskandar bernilai RM180 juta.

Mereka termasuk Exco Pelancongan, Pembangunan Insan dan NGO negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jering, Kapten (B) Osman Mohd Jailu dan Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perdagangan yang juga Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List