1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Saturday, September 06, 2008

Hari Keenam Puasa Ramadhan

Hari ini sudah masuk enam hari berpuasa. Aku mulakan hari ini dengan menghadiri satu kuliah subuh yang diadakan di surau tempat aku tinggal. Kuliah subuh itu bertajuk Ramadhankan Diri yang di sampaikan oleh Ustaz Emran Selamat dari Wangsa Maju.

Dalam kuliahnya itu Usta Emran mengajak semua jemaah yang hadir pada pagi tadi untuk menjadikan sepanjang tahun dalam hidup ini seperti mana kita meraikan bulan Ramadhan. Jangan hanya pada bulan Ramadhan sahaja kita bersungguh-sungguh meningkatkan ibadah tetapi sebaik sahaja masuk Syawal, kita kembali kepada keadaan asal. Itulah rumusan yang aku dapat hasil daripada mendengar kuliah itu.

Balik dari kuliah subuh aku terus menghidupkan laptop dan macam biasa semak email. Salah satu email yang aku respons ialah tentang satu survey yang dilakukan oleh Planet Pulse. Baca tulisan aku di sini. Ah, baru sahaja balik dari kuliah Subuh dah buat dosa dah. Manusia, manusia.

Pada hari Khamis lalu Pak Samad Ismail kembali ke rahmatullah pada usia 84 tahun. Dapat juga Pak Samad mengecapi usia sehingga 84 tahun. Aku ni entah bila masanya akan dipanggil pula oleh Ilahi untuk mengadapnya. Sekarangni pun aku sudah cukup bersyukur kerana pada usia 54 tahun Allah masih lagi mengurniakan kepada ku kesihatan. Sehingga aku menulis blog ini, aku masih lagi dalam keadaan sihat. Belum ada penyakit kencing manis, jantung atau darah tinggi. Alhamdullillah..............

Pak Samad kembali ke Rahmatullah pada petang Jumaat dalam bulan Ramadhan dan dikebumikan selepas sembahyang Jumaat. Innalillah hi innalillah hi rojiun. Al Fatihah kepada Pak Samad.

Esok para MP BN akan bertolak ke luar negara untuk satu lawatan sambil belajar yang dilakukan secara tergesa-gesa. Rombongan itu akan berada di luar negara, entah tempat mana nak lawat pun tak tahu, apa yang nak di belajar pun tak tahu, sehingga selepas 16 September. 16 September! Oh tu tarikh sasaran Datuk Seri Anwar nak membentuk kerajaan baru. Tu tarikh Sabah dan Sarawak merdeka melalui Malaysia. Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, program 'dah nak terberak baru gali lubang jamban' ia di lihat sebagai satu usaha nak gagalkan rancangan PR. BN ni ingat rakyat Malaysia macam budak TADIKA yang boleh dibohongi di waktu siang.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List