1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Thursday, September 25, 2008

Satu Perjalanan Yang Jauh

Biasanya penerbangan dari Labuan ke Kualam Lumpur hanya menghambil masa lebih kurang 2 jam 20 minit. Tetapi seperti yang aku tulis dalam posting sebelum ini, bahawa aku ketinggalan kapalterbang, perjalanan aku menjadi terlalu jauh.

Jadual penerbangan yang sepatutnya 8.50 malam ditunda ke jam 10.20 malam. Menunggu pesawat datang dari Kuala Lumpur.

Naik sahaja kapal terbang aku terlena dan bila terjaga sudah hampir sampai ke Kuala Lumpur. OK la, aku tak nak cerita tentang apa berlaku itu. Tiba di LCCT KL jam 12.30 tengah malam. Lepas tu kena berjalan ke terminal hampir satu kilometer. Entahlah tapi itulah yang aku rasa kerana perjalanannya cukup jauh. Rasa macam aku berjalan dari pemeriksaan imigresen ke gate masuk di Lapangan Terbang Hong Kong dulu. Hampir setengah jam. Bayangkan jika seorang yang tidak dapat berjalan cepat sudah pasti menjadi satu masalah. Ianya lebih jauh dari perjalanan dari mana-mana Gate sama ada A atau B di terminal utama KLIA.

Dahlah tu menunggu bagasi satu lagi hal. Lama juga. Tapi aku sudah ambil tiket bas untuk ke Pudu Raya jam 1.15 pagi. Harga RM 9.00. Semasa menunggu itu aku rasa menyesal juga kerana beg itu aku masukkan sebagai bagasi. Jika aku hand carry sudah aku keluar dari balai ketibaan. Tetapi akhirnya aku tidak menyesal kerana bas yang aku naik itu pun menunggu semua penumpang yang lain yang hendak ke Pudu Raya juga.

Apabila bas bertolak, aku terus terlena. Cadang aku nak turun kat stesen Petronas di Taman Teknologi Park kerana tidak jauh dari rumah aku. Tup-tup terjaga aku nampak sign board Istana Negara. Alamak dah terlepas. So terpaksa juga turun di Pudu Raya. Sampai Pudu Raya macam biasalah ulat-ulat teksi menunggu. Naik teksi masa tengah malam begini jawabnya kena kapaklah. Nasib baik anak aku dapat dapatang ambil.

Nah....sampai rumah jam 3.00. Kerana lapar terus bersahur sebab waktu berbuka hanya makan sebungkus nasi lemak sahaja.

Kini keletihan masih terasa. Sampai di pejabat terlena sekejap. Jadi perjalanan aku dari Labuan ke Kuala Lumpur bermula jam 5.45 petang dan sampai rumah jam 3.00 pagi. Satu perjalanan yang cukup jauh aku rasakan.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List