1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Wednesday, September 24, 2008

Alamak, Aku Silap

Buat pertama kali sejak naik kapalterbang dari tahun 1973, aku silap baca masa penerbangan. Mati-mati aku ingatkan jam 7.20 petang. Jadi akupun relakslah kat Bandar Labuan selepas checkout dari hotel. ronda-ronda tetapi tak tahu apa lagi nak beli. Coklat dah beli awal-awal lagi. So untuk menghabiskan masa aku just jalan-jalan and thenambik teksi untuk ke Ujana Kewangan. Tambang teksi ke sana RM 7.00. Di Ujana Kewangan atau lebih dikenali sebagai UK pun aku tak beli apa-apa. Then jalan balik dan singgah kat pasara Ramadhan bertujuan nak belilah apa-apa kuih untuk berbuka puasa di airport nanti. So di pasar ramadhan aku just beli karipap. Harganya 3 biji RM 1.00. samalah dengan di KL. 

Lepas tu aku pergi ke satu kagi kawasan yang ada pasar malam seriap hari. Di situ pun pada bulan puasa ni banyak dijual kuih-muih. Aku beli pula nasi lemak. Harganya juga RM 1.00 sebungkus. 

Sampai di airport Labuan jam 5.45 petang. Tambang teksi RM 10.00 dari hotel. Relaks la bro. Flight lambat lagi. 7.20 malam. Tunggu utuk berbuka puasa dulu sambil itu update blog As I travel....... Dapat posting satu blog sebelum kaunter dibuka. Cheh......relaks saja melangkah ke mesin scanning dan kemudian ke kaunter check in MAS. Tup-tup aku diberitahu bahawa flight aku dah lepas. Patutlah kerani di kaunter tanya aku nak ke Miri ke. Tapi aku relaks masa itu. Apabila dia beritahu bahawa flight aku sebenarnya jam 5.20 barulah aku mula mengelabah. Malam ni dah tak ada lagi flight ke KL. Nak kena tunggu esok pula. Lalu aku pun pergi ke pejabat jualan tiket MAS dan mendapat tahu bahawa semua seat dah penuh. Untuk pagi esok pun hanya ada business class saja. Chehhhh.....boleh naik business class lah aku kali ni. 

Dengan confidentnya aku tanya berapa kena tambah untuk upgrade. Kerani tu jawab aku kena tambah RM 430 lagi. Banyak juga tu... Then aku kata tak apalah aku nak gi tengok Airasia dulu. 

Pejabat jualan Airasia belum buka. Maklumat yang aku dapat dari kaunter information pejabat itu akan buka jam 6.45 petang. OKlah, ada satu flight dari Labuan ke Kuala Lumpur jam 8.50 malam nanti. Puas tunggu pejabat tak juga buka. Dah 6.50 pun masih belum buka. Di kaunter check in Airasia sudah ada barisan penumpang menunggu untuk check in. Aku mula gelisah. 

Kemudian aku menghampiri pintu masuk ke pejabat jualan Airasia dan apabila seorang lelaki keluar aku bertanya jam berapa kaunter dibuka. Dia jawab tak buka. Alamak. Aku akan terkandas di Labuanlah macam ni. Aku bertanya macam mana nak beli tiket dan dia jawab boleh beli di kaunter. Baru rasa lega sedikit dadaku. Kemudian aku tanya lagi sama ada masih ada seat untuk malam itu. Dia jawab ada. Aku semakin lega. Kini apa yang bermain di kepalaku ialah tambangnya. Beli tiket masa begini memang sudah mahal harganya. Tetapi masih mengharapkan tidaklah sampai lebih RM 600. 

Waktu di kaunter, lelaki itu yang menguruskan pembelian tiket aku dan dia memberitahu yang harganya RM 421.00 ditambah dengan luggage RM 10.00. Memanglah RM 431.00 Macam yang aku perlu tambah untuk business class juga. Tetapi jika aku upgrade tiket MAS aku kena tunggu pagi esok baru ada flight. Bererti aku kena tidur di hotel lagi malam ini. Hotel pula lebih kurang RM 100.00. Bererti sudah lebih RM 500. Aku beli tiket Airasia. Janji dapat balik KL malam ini juga. 

Aku terbayangkan nasib baik ianya berlaku di dalam negara. Kalau di luar negara di mana pilihan hanya MAS, maka aku akan terkandas lebih lama. Nasib baik juga pada waktu ini aku ada duit untuk pembelian itu. Jikalah dalam keadaan pokai, entahlah, terpaksa berhutang pula dengan kawan-kawan. 

Inilah satu pengalaman yang akan membuatkan aku lebih berhati-hati di masa hadapan. 

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List