1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Thursday, September 18, 2008

Nuzul Quran

Malam tadi 17 September 2008 bersamaan 17 Ramadhan ialah Malam Nuzul Quran iaitu hari turunnya Al Quran kepada umat manusia seluruh alam semesta. Al Quran adalah merupakan kitab allah yang terakhir selepas diturunkan beberapa kitab lain seperti Zabur, Taurat, Injil. Beberapa negeri menjadikan hari ini sebagai cuti umum. Negei-negeri yang cuti ialah Selangor, Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Terengganu.

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran. -Dr. Samsu Adabi Mamat

Sempena turunnya kitab Allah yang teragung itu, di surau tempat aku tinggal diadakan satu majlis yang dinamakan Majlis Tahlil Perdana anjuran Kelab Kebajikan dan Sukan kami. Majlis tersebut disusuli dengan Tahlil kepada staf yang telah kembali ke rahmatullah dan juga sanak saudara staf yang masih bertugas. Majlis berbuka puasa juga diadakan dan disusuli dengan sembahyang Maghrib serta Isya' berjemaah. Selepas diadakan sembahyang sunat Tarawih diadakan satu tazkirah ringkat tentang mukjizat yang Al Quran yang disampaikan oleh Ustaz Hj. Zulkifli bin Salleh Al-Hafiz, Imam Mesjid Negara.

Dalam tazkirahnya, beliau telah memberikan secara ringkas tentang mukjizat-mukjizat yang terdapat dari Al Quran yang mana sebahagian dari manusia ini tidak nampak kerana tidak memperdulikan atau mengambil tahu tentang kitab Allah itu. Antara lain beliau memberitahu yang kitab Allah itu telah dikaji oleh pakar-pakar dan sarjana Barat yang kagum dengan kitab itu yang terbukti bukan ciptaan manusia lalu memeluk Islam.


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List