1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Sunday, September 14, 2008

Yang Terhangat

Apa yang terhangat?

Paling hangat ialah penahanan tiga orang di bawah ISA. Raja Petra Kamaruddin atau RPK, YB Theresa Kok Exco Selangor dan pemberita Tan Hoon Cheng dari Sin Chew Daily. Semua ini adalah petanda yang menunjukkan BN sedang berada dalam keadaan gusar, gelisah dan bimbang kehilangan kuasa kerana 16 September semakin hampir. Walaupun DSAI telah menyatakan bahawa 16 September mungkin akan ditunda, tetapi bagi BN ia tetap menjadi mimpi ngeri kerana bayangan kehilangan kuasa dan kekayaan. Menangkap mereka di bawah ISA menunjukkan satu ugutan yang diberikan kepada rakyat agar jangan bersuara.

Seperti biasa Syed Hamid akan menafikan yang tangkapan itu tidak mengena dengan isu 916. Apakah dia ingat rakyat Malaysia ni kanak-kanak Tadika yang boleh dibohongi sepanjang masa. Rakyat Malaysia sudah celik dari segi kematangan politik. Tsunami pada 8 Mac jelas menunjukkan yang rakyat suah matang. Rakyat sudah tidak termakan lagi janji-janji kosong kerajaan BN yang kononnya untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.

16 September hanya tinggal beberapa hari sahaja. Tarikh yang ditakuti oleh kerajaan BN walaupun mereka menafikan. Penafian itu sebenarnya tanda-tanda yang mereka sudah kecut perut. Kalau tidak mengapa mereka dengan tergesa-gesa menghimpun dan membawa lari ahli parlimen mereka untuk mengelakkan tarikh kelahiran Malaysia itu. Mereka di bawa lari ke Taiwan, kononnya untuk belajar tentang pertanian dan teknologi pertanian moden. Tetapi seluruh rakyat Malaysia tahu lawatan sambil belajar itu hanyalah satu topeng untuk melindungi hajat sebenar iaitu melarikan MP-MP tersebut agar tidak dapat "diculik" oleh PKR. Tengoklah, bila tahu rombongan PKR dihantar ke Taiwan, mereka tergesa-gesa pula lari lintang pukang meninggalkan Taiwan untuk ke Hong Kong dan China dan dengan terang-terang diberitahu untuk membeli-belah dan bermain golf. Alasan MP berkenaan dilarikan ialah untuk mengelakkan taufan Sinlaku yang sedang menuju Taiwan. Tetapi sebelum Sinlaku tiba di Taiwan, Taufan PKR tiba terlebih dahulu. Taufan inilah yang lebih ditakuti oleh penganjur rombongan makan angin MP BN itu.


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List