1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Sunday, November 09, 2008

Chow Kit Revisited

Petang tadi aku ke Chow Kit selepas melawat anak saudaraku di Hospital Kuala Lumpur. Dia menjalani pembedahan kerana ketumbuhan di kepala dan berada di wad ICU HKL. 

Sudah agak lama juga aku tidak ke area Jalan Hj Hussien tu. Dulu sewaktu aku tinggal sendirian di Keramat, malam-malam ronda-ronda juga kawasa ini. Bukan apa, di sini ada satu keistemewaannya iaitu nasi lemak di hadapan Hotel City Villa. Nasi besar secopot tu mesti makan beberapa bungkus baru kenyang. Tu yang istemewanya. Bukan tak boleh buat bungkusan yang besar, tapi dengan bungkusan kecil ada kelainannya. Memang bungkusannya secopot besarnya dibungkus dengan suratkhabar lama dan dialas dengan daun pisang. Daun pisang nilah yang membangkitkan bau membuatkan nasi yang masih panas itu rasa sedap. Nasi sebesar tetek anak dara sunti tu dibubuhkan sambal ikan bilis dan jika bernasib baik dapatlah seekor dua ikan bilis. Di tambah dengan telur rebus yang dipotong 1/8 kot. 

Kalau nak tambah lauk boleh beli ekstra. Paling minima RM 3.00 tapi kena bayar dulu sebab makcik yang menjual lauk tu takut kita lari dan tak bayar. Apalaa.........

Waktu mula mengenali tempat tu dulu, aku ingat tulah nasi lemak kampung baru yang famous tu. Rupa-rupanya yang dikatakan Nasi Lemak Antarabangsa tu terletak di Kampung Baru bukan di Jalan Hj. Hussein tu. Pernah sekali aku boycott tempat tu kerana waiternya sombong. Selepas makan aku bayar dan menunggu wang lebihan. Taklah banyak 20 sen saja. Aku bayar dengan duit kertas dan syiling 50sen. Jadi adalah baki 20 sen kot. Waiter pompuan tu then buat derk saja. Bila aku tanya mana lebihan duit, dia dengan sombongnya berkata, "Ingatkan tadi bagi cuku-cukup." Celaka punya pompuan waiter tu. Mungkin tulah sebab dah tak ramai lagi pelanggan datang ke situ walaupun nasi lemaknya sedap. 

Kawasan tu tak banyak berubah. Cuma Keramat Supermarket sudah tak ada lagi. Di kiri kanan Lorong dah ada gerai-gerai menjual berbagai barangan seperti kain baju, beg tangan wanita, cenderamata dan sebagainya. 

Selepas tu jalan-jalan di kedai sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman tu. Masih macam dulu juga. Ada kedai kaset, kedai jual ubat-ubatan Indon dan tempatan. Macam kedai ubat Cina jugala. 

Sebelum balik sembahyang Maghrib di Mesjid Pakistan di Jalan Haji Hussien 2. Jalan ni ada beberapa buah hotel murah. Pada tahun 70an dulu sewaktu aku hendak pergi ke Sabah atau balik dari Sabah, di sinilah aku menginap. Hotel Merdeka. Kawan-kawan aku yang sama-sama ke Sabah juga menginap di hotel ni juga. Murah je. RM 10.00 satu hari. Kawasan ini dulu adalah sebahagian daripada kawasan Red Light Chow Kit. Di hotel-hotel menghadap Jalan Raja Muda Musa ada pelacur mencari pelanggan. Mereka akan duduk menunggu pelanggan di pintu bilik hotel itu. Harganya pada masa tu memang murah. Dalam RM 15-25 sahaja. Tapi nilai duit masa tu memanglah tinggi. Taklah! aku tak melanggan. Setakat jamu mata tu adala. 

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List