1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Monday, March 30, 2009

Sejarah Lagi

Sejarah baru tercipta dalam pilihanraya Malaysia apabila 15 orang calon bertanding untuk merebut kerusi DUN Bukit Selambau. Dahulu saya hanya lihat jumlah calon yang ramai selalunya berlaku di Sabah. Walau apapun inilah yang dikatakan demokrasi. Semua media putar belit mewar-warkan bahawa PR semakin berpecah.

Jumlah yang ramai ini diambil kesempatan oleh BN dengan menyerkap jarang bahawa PR semakin berpecah. Tetapi adakah PR sebenarnya yang berpecah atau BN yang mengambil kesempatan untuk memecahkan undi. Taktik BN seperti ini sudah diketahui ramai. BN yang kaya raya sudah semestinya mempunyai wang yang banyak untuk membeli dan meletakkan calon bebas. Ada kemungkinan dalam tempoh yang boleh menarik diri, calon-calon ini pula boleh dibeli dan mereka yang dibeli akan mengisytiharkan untuk menyokong BN. Ini taktik lama dan diharap pengundi di Bukit Selambau sudah matang untuk melihat taktik kotor BN ini.

Di Bukit Gantang pula PR yang diwakili oleh PAS akan berhadapan dalam pertandingan tiga penjuru. Dua calon lain ialah dari BN dan Bebas. Pilihanraya kecila Bukit Gantang ini lebih mendapat perhatian ramai bukan sahaja kerana ia kerusi Parlimen tetapi kerana krisis yang sedang berlaku di Perak. Siapa sebenarnya pilihan rakyat?

Batang Ai pun akan berpesta dengan pembangunan Mee Segera. Dua calon akan bertanding merebut kerusi DUN di sana.

Sebagai rakyat yang waras, marilah sama-sama kita doakan PR akan memenangi ketiga-tiga PRK ini. Malaysia perlukan pemimpin yang tidak korup. Kembalikan hak rakyat kepada rakyat.


1 comment:

Charlsen said...

Thank u Cikgu for ur comment=)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List