1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Saturday, June 13, 2009

Aktiviti Hari Ini- Paintball

Hari ni penuh dengan aktiviti bagiku. Fully Paintball.

Pagi tadi pergi training paintball dengan team aku Yakuza di Padang Astaka, Petaling Jaya. Aku tiba lewat sedikit kerana keletihan. Aku tiba dari Alor Setar jam 4.30 pagi setelah semalaman memandu. Lima hari berada di AS kerana menjalankan tugas resmi. Memang aku kalau suruh pergi AS cukup suka sekali. Dapat balik kampung free. Apa tidaknya, perjalanan, makan minum dan penginapan semuanya boleh claim. Tak payah ambik cuti lagi. Sepanjang tahun ini aku tidak ambil cuti lagi. Sebenarnya tak berpeluang ambik cuti kerana terlalu banyak berjalan.

Sepanjang tahun ini aku dah pergi Kudat di Sabah, Kuching di Sarawak, Johor Bahru, Labuan, Tanjung Pengelih, Tanjung Bidara dan semuanya free. So cuti aku masih full lagi. Tak tahu bila aku boleh ambik cuti tu.

Aku menceburi permainan paintball bermula dari Bloggers Paintball Tournament anjuran Advertlets pada bulan January lalu. Selepas itu terus masuk liga My NPL. Dan kini merancang untuk ambil bahagian dalam liga sama di sirkit keempat di Melaka pada bulan Ogos nanti. Jadi kenalah training untuk tingkatkan tahap kemahiran dan semangat berpasukan. Dalam team aku sebenarnya aku seorang sahaja Melayu, members yang lain semuanya Cina.

Buat pertama kali aku tidak kena tembakan yang meninggalkan lebam pada mana-mana bahagian tubuh aku seperti dalam latihan sebelumnya.

Latihan kali terakhir merupakan yang paling teruk iaitu 7 kesan lebam dan tiga diantaranya pada tempat yang sama (lihat gambar). Tapi kesan tu dah hilang dah. Main paintball ni kena tembak dan dapat kesan macam tu biasala. Masa kena tu 31 Mei lalu dan kesannya sudah tiada lagi sekarang. Setiap hari sapu krim lebam yang boleh dibeli di Farmasi.

Hujan yang turun agak lebat pada tengahari memaksa kami berhenti permain. Latihan hari ini, kami campur dengan pasukan lain. Campur yang pakai e-marker dan manual marker. Team aku sendiri masih pakai manual marker kerana tak mampu lagi nak beli e-marker. Lagipun team aku dalam Division 4 dan tak boleh pakai e-marker dalam liga.

Pengalaman yang berharga ialah bermain dengan lawan yang guna e-marker sebab dengan marker demikian membuatkan aku rasa lebih tertekan. Tekanan itulah sebenarnya satu latihan kekuatan mental dan semangat.

Sebelah petang pula pergi ke Family Park di Bukit Jalil untuk menyaksikan Malaysian Paintball Official League (MPOC) di Xtion Paintball. Sejak mula bermain paintball, aku dah semakin rapat dengan segala hal berkaitan sukan lasak ini. Jadi kalau ada saja apa-apa aktiviti berkenaan aku pasti aku hadir untuk menyaksikannya. Bukan apa, melihat bagaimana orang lain min juga adalah satu latihan. Latihan melalui pemerhatian.

2 comments:

Murni Alfathunnisa said...

uish..teruk lebam tu..

Anonymous said...

siti, bagi pemain paintball, itu adalah perkara biasa.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List