Petang tadi pergi jogging lagi. Seperti biasa bermula dari stesenLRT Bukit Jalil melalui jejantas masuk ke Bukit Komanwel. Mula-mula naik bukit Komanwel. Bagus untuk membina kekuatan kaki kerana terpaksa memanjat. Walaupun ada laluan bersimen, tetapi kadar cerunnya agak tinggi. Pendek kata untuk sampai ke puncak memang mengah juga. Sampai di atas lakukan sedikit regangan sambil jamu mata tengok sepasang pelajar sekolah berketurunan Cina sedang berasmara. Mereka masih lagi berpakaian sukan dan mungkin lepas balik dari aktiviti ko kurikulum atau mungkin tak pergi langsung. Aku rasa mereka baru di peringkat menengah rendah.
Atas Bukit tu memang amat sesuai untuk merendak sebab terlindung dari orang ramai. Lagi pun orang-orang Jabatan Agama takkan nak naik kan? Tak larat nak berjalan. Dulu pernah juga aku nampak sepasang kekasih yang sudah berusia. Si lelaki sudah beruban sementara pasangannya agak lebih muda sedikit. Aku tak rasa mereka suami isteri sebab kalau suami isteri takkan nak bersusah payah panjat bukit tu dan bercengkerama ditempat yang sunyi begitu.
Pada masa aku sampai, si wanita sedang duduk di atas pangkuan dan dalam pelukan lelaki itu. Pastinya sebelum aku dan anak aku sampai adegannya lebih panas kerana nampak benar mesranya. Akupun naik jealous juga. Hahahaha.........
OKlah berbalik kepada aktiviti aku. Aku mula joging sejak mula melibatkan diri dengan permainan paintball awal tahun lalu. Paintall sebagai satu bentuk sukan eksterim memang memerlukan dayatahan aerobik yang tinggi. Aku yang sudah beberapa tahun berada dalam keadaan sedentari, merasa amat letih selepas mula bermain dulu. Sebagai pengalak kecergasan maka aku rasa aku patut 'walk the talk', jadi aku kenalah bina semula tahap kecergasan untuk membolehkan aku main dengan lebih seronok.
Kawasan rekreasi Bukit Komanwel mempunyai sebuah tasik dan di sekitar laluan mengelilingi tasik itulah tempat untuk berjoging. Tetapi ianya tidak begitu sesuai jika ada yang berlari di atas laluan itu setiap kali kerana ia bersimen. Apa lagi aku dapati tidak memakai kasut yang sesuai. Ada yang pakai kasut untuk beraerobik, kasut untuk bermain badminton dan sebagainya. Kesan daripada memakai kasut yang tidak sesuai ialah pemakai itu mengalami shin spleen atau dalam jangka panjang sakit pada persendian kaki.
Disamping laluan untuk berjoging tertapat juga outdoor gym yang mengandungi beberapa stesen. Namun demikian stesen yang ada tidak mencukupi untuk latihan seluruh tubuh. Antara stesen yang terdapat ialah leg press, lat pull down. Bagi menambah beban, aku terpaksa menyuruh anak aku naik ke atas mesin untuk menjadikannya lebih berat. Aku bersenam bukan sekadar untuk membina dan mengekalkan kecergasan tetapi untuk bersukan juga. Sudah semestinya ada perbezaan antara menjaga kecergasan dan bersukan.
No comments:
Post a Comment