1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Sunday, July 26, 2009

Al Fatihah Buat Allahyarham Yasmin Ahmad

BALASUNGKAWA
Al Fatihah buat Allahyraham Yasmin Ahmad yang telah pulang ke rahmatullah pada 25 Julai. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan dihimpunkan bersama-sama orang-orang yang beriman.

Apa yang Allahyraham catit About me dalam blognya:
I am optimistic and sentimentalto the point of being annoying, especially to people who think that being cynical and cold is cool. Everyday, I thank Allah for everyday things like ability to breathe, ability to laugh, and the ability to eat and drink.

Blog-blog Allahyarham

The Storyteller. Announcing the end of this blog, and the beginning of a new one. Selepas posting ini Allahyarham telah berpindah ke blog baru iaitu The Storyteller, Part 2. Blog terakhir Allahyarham ditulis dan muatkan pada 22 Julai 2009 A song for longing I am hoping to use for the ending in Wasurenagusa. Manusia merencana, Allah menentukan. Tidak menjadi kenyataan apa yang dirancang oleh Allahyarham. Inilah lagu yang dimaksudkan. Entahlah,dalam Bahasa Peranchis, tak faham maksudnya. Tetapi rentaknya menunjukkan kesedihan. Ya.....hari ini kesedihan ribuan peminat Allahyarham mengenang pemergiannya menemui Allah.


Dengan kembalinya Allahyarham ke rahmatullah, bermakna bulan Julai ini menyaksikan kehilangan dua orang blogger. Ancient Mariner kembali ke rahmatullah.

Tribute untuk Yasmin DI SINI.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List