Aku berada di bumi Kenyalang lagi tahun ini. Ini kali kedua selepas pergi ke Miri pada awal bulan Julai lalu. Hanya dua malam sahaja dan tidak banyak berjalan.
Hari pertama tiba lewat petang dan malamnya hanya terperuk kat bilik. Sebaik sahaja check in, inilah pemandangan yang aku rakamkan dari tingkat 10 Hotel Harbour View. Dewan Undangan Negeri Sarawak yang baru siap. Dah beberapa kali aku menginap di hotel yang sama dan boleh dikatakan banyak kali juga dapat bilik menghadap pemandangan ini.
Gambar bawah diambil sewaktu tinggal di hotel yang sama dari tingkat 9. Masih dalam pembinaan.
Gambar bawah diambil sewaktu menginap di hotel sama pada tahun 2007
Dewan Undangan Negeri Sarawak baru disiap dan telah dirasmikan oleh KDYMM Yang Dipertuan Agong sempena persidangan Majlis Raja-raja yang diadakan di tempat yang sama pada penghujung Julai. Kompleks Dewan Undangan ini akan menjadi satu daya tarikan baru bagi Kuching khususnya dan lokasinya bertentangan Waterfront akan menjadi satu landmark dan sebagai latar belakang untuk bergambar. Aku rasa bagi pelawat yang datang ke Kuching tidak akan melepaskan peluang untuk bergambar berlatarbelakangkan ikon baru Sarawak ini. Lagi gambar-gambar DUN baru di SINI.
Selalunya kalau datang Kuching, pengunjung tidak akan melepaskan peluang untuk membawa balik ikan terubuk masin sebagai ole-ole. Memang sudah menjadi identiti, Sarawak dikaitkan dengan ikan terubuk masin yang boleh dibeli dia Pasar Satok. Ikan Terubok sudah menjadi satu produk pelancungan di sini walaupun ikan tersebut ada yang diimport dari India.
Kali ini aku tidak beli ikan terubok kerana cadang nak beli pada pagi sebelum balik. Tapi hujan lebat turun sejak pagi dan rancangan untuk ke Pasar Satok terpaksa aku batalkan. Oleh itu hanya beli dua batang kek lapis Sarawak sahaja. Kek Lapis Sarawak ini pun sudah menjadi satu produk pelancungan dan boleh didapati disepanjang kaki lima Market Street. Market Street merupakan kawasan tumpuan pelancung untuk membeli barang-barang cenderamata Sarawak.
No comments:
Post a Comment