Ogos adalah bulan kemerdekaan. Setiap tahu pastinya kemuncak sambutan ialah di Dataran Merdeka yang akan dibanjiri dengan warga Kuala Lumpur yang datang untuk menyaksikan kemeriahan perbarisan Hari Kebangsaan. Penuh warna warni dan peserta perbarisan yang berkawad megah. Sama ada yang memang benar-benar hendak meraikan hari bersejarah setahun sekali itu atas nama semangat kebangsaan, tetapi ramai juga yang turut serta kerana arahan.
Dah lima belas tahun aku menjadi warga Kuala Lumpur setelah berhijrah dari Alor Setar tetapi belum sekali pun aku menghabiskan pagi 31 Ogos itu di Dataran Merdeka. Baik sebagai penonton mahupun sebagai peserta perbarisan. Aku bersyukur kerana organisasi tempat aku bekerja tidak pernah memilih aku untuk turut serta dalam perbarisan.
Adakah aku tidak patriotik? Selalunya kerajaan akan menilai semangat patriotik dengan menyertai perbarisan Hari Kebangsaan ataupun mengibarkan Jalur Gemilang di bumbung kereta atau di rumah. Aku tidak pernah mengibarkan Jalur Gemilang di rumah. Pernah sekali aku kibarkannya di kereta pada tahun 1997. Pada masa itu tidak ada sesiapa yang mengarahkan untuk mengibar Jalur Gemilang. Malah kalau tidak mengibarkan Jalur Gemilang, rasa macam ketinggalan pula. Kenderaan yang menderum di jalanraya berkibaran dengan JG. Begitu juga di atas jalan terdapat juga JG yang tercabut dari kenderaan dan digilis oleh kenderaan lain. Adakah pemandu yang mengilis JG tidak partiotik kerana tidak menghormati bendera negara?
Sewaktu aku menjadi ahli pengakap sejak dari sekolah rendah hinggalah sekolah menengah, salah satu didikan yang aku terima ialah menghormati bendera. Apabila menguruskan bendera, ianya hendaklah diurus dengan penuh hormat. Bendera jangan sekali-kali kena pada tanah. Begitu tingginya sanjungan terhadap bendera walaupun pada masa itu bendera Union Jack merupakan salah satu bendera yang dipelajari. Sampai hari ini pun aku masih lagi mengamalkan agar bendera tidak kena pada tanah.
Perubahan rakyat untuk tidak mengibarkan bendera berlaku selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat oleh Dr Mahathir kerana politik. Selepas peristiwa itu, pada tahun berikutnya tidak ramai lagi yang mengibarkan JG dikenderaan masing-masing. Sudah boleh dikira dengan jari orang yang mengibarkan JG pada kenderaan. Hasil dari itu rakyat terpaksa dikempen untuk mengibarkan JG. JG percuma diberikan dan sebagainya, tetapi kesannya masih tidak berubah.
Seperti tahun terdahulu, tahun ini pun Menteri terpaksa menyatakan kekesalannya. Hati rakyat sebenarnya telah dilukai dan luka itu masih terasa. Politik jahat Dr Mahatir terhadap DSAI sebenarnya yang menyebabkan lahirnya the silent majoriti. Sebenarnya bukan rakyat yang tidak patriotik, tetapi kesilapan PM pada tahun 1998 itu sebenarnya menyebabkan rakyat marah kepada kerajaan.
No comments:
Post a Comment