1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Wednesday, September 02, 2009

Harga Minyak Naik Lagi

Sekarang pengguna khususnya pemandu sedang hangat dengan gred petrol baru di pasaran yang dinamakan RON 95. Minyak ini disebut oleh kerajaan akan menjadi minyak yang lebih murah untuk pengguna di Malaysia. Sewaktu mula dilancarkan ia dijual di pam pada harga RM 1.75. Memang lebih murah berbanding dengan harga RON 97 iaitu RM 1.80. Namun nak ikutkan gred memangla RON 95 lebih rendah.

Aku sempat buat satu isian penuh dalam kereta Proton Saga 1.5i tahun 1991 sewaktu hendak balik dari Alor Setar ke Kuala Lumpur pada 31 Ogos lalu. Biasanya kalau isi bermula dari fuel warning, full tank ialah RM 70.00 lebih. Tapi malam pada 31 Ogos lalu aku isi penuh hanya RM 67.00 sahaja. Maknya secara kasar aku boleh jimat RM 3.00 setiap kali isi penuh. Jadi kalau aku balik kampung aku akan dapat jimat lebih kurang RM6.00 la. Dapatlah minum teh tarik dan roti telor extra sikit.

Sewaktu dalam perjalanan melalui Route 1 (jalan lama) ke arah Sungai Petani, aku nampak di sebuah stesen Petronas, kereta beratur panjang. Ah, minyak nak naik ke ni? Tanyaku dalam hati. Biasanya kalau kenderaan berbaris panjang di sebua pam untuk isi minyak, tandanya harga petrol akan naik. Memang betul sangkaanku. Akhbar keesokan hari melaporkan harga petrol RON 97 dan RON 95 naik. RON 95 naik 5 sen menjadi RM 1.80 dan RON 97 naik dari RM 1.80 ke RM 2.05.

Jadi sekarang siapa kata petrol RON95 yang grednya lebih rendah menjadi minyak yang lebih murah untuk pengguna di Malaysia? Kalau dulu RON 97 berharga RM 1.80 sekarang RON 95 pun dijual dengan harga yang sama juga. Lebih teruk lagi bukan semua kenderaan sesuai dengan RON 95. Jadi mereka yang memilikki kenderaan yang tidak boleh pakai RON 95 terpaksa beli petrol dengan harga yang lebih tinggi. 20 sen tu. Yang tidak munasabahnya pula RON97 dijadikan gred Premium tanpa menaiktaraf grednya. Sampai bila harus kita terus tertipu oleh kerajaan? Dah 52 tahun dah.

Lepas ni kita nantilah pula harga gas memasak akan naik juga. Bila gas memasak naik harga, sudah pasti harga makanan lain akan turut naik juga.

Setiap kali apabila rakyat merungut teentang harga barangan yang mahal, kerajaan akan menepis dengan membandingkan harga barangan yang sama di luar negara. Tetapi adakah kerajaan pernah bandingkan dengan nilai wang dan pendapatan per kapita rakyat di negara tersebut?

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List