1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Wednesday, September 02, 2009

Laman Web Di Malaysia Digodam

Pengodam Indon telah menyerang laman web di Malaysia dan senarai laman web yang digodam disenaraikan di dalam blog tersebut. Usaha mengodam itu berlaku seiring dengan insiden di mana lebih kurang 30 orang pelajar Indonesia telah membaling telur busuk dan cuba menaikkan bendera Indonesia di Kedutaan Malaysia di Jakarta. Malam tadi pula melalui Buletin Utama dilaporkan perbuatan membakar Jalur Gemilang juga dilakukan di Jakarta. Semua itu dirancang bertepatan dengan sambutan ulang tahun kemerdekaan ke 52 Malaysia.

Hubungan Malaysia dengan Indonesia sedikit terjejas dengan beberapa insiden seperti kes Manohara dengan suaminya, seorang kerabat Di Raja Kelantan dan tuduhan pencerobohan kapal tentera laut Malaysia di perairan Ambalat serta isu-isu kecil penderaan pembantu rumah Indonesia oleh majikan di Malaysia.

Laporan serangan siber itu dibuat melalui laman web terselubung dengan tajuk Perang online dengan Malaysia dimulai. Sewaktu melayari blog tersebut, aku cuba membuka beberapa laman web yang tersenarai. Sememangnya lamanweb yang diikuti dengan /indonesia.html tidak dapat dibuka tetapi apabila membuang /indonesia.html, laman tersebut dapat dibuka dengan sempurna. Ada kemungkian webmasternya sudah mengatasi pengodam tersebut. Walau bagaimanapun saya rasa laman yang digodam itu akan memaparkan imej berikut. Imej ini saya ambil dari blog berkenaan.

Sebagai rakyat serumpun sebangsa dan majoriti seagama, sepatutnya konfrantasi ini tidak harus berlaku. Tuduhan-tuduhan yang disenaraikan oleh pengendali blog berkenaan walaupun ada yang benar tetapi beliau seharusnya berfikir dengan lebih waras. Beliau hanya melihat masalah yang ditimbulkan oleh Malaysia tetapi sebagai blogger yang bertanggungjawab hendaklah juga membuat penyelidikan adakah rakyat Indonesia sendiri yang datang untuk mencari rezeki dan sebagainya tidak menimbulkan apa-apa masalah kepada Malaysia. Statistik jenayah kecil-kecilan menunjukkan ramai pendatang dari Indonesia khususnya PATI (pendatang tanpa izin) yang terlibat. Sudahlah mereka memasukki negara ini tanpa surat perjalanan yang sah, mereka libatkan diri pula dengan aktiviti yang negatif seperti mencuri, merompak dan penipuan. Walaupun bukan semua yang terlibat tetapi ibarat seekor kerbau membawa lumpur, habis semuanya terpalit.

Tidak ada untungnya Malaysia dan Indonesia terus terusan berkonfrontasi kerana adalah lebih baik jika kita bersatu dan menentang kezaliman Isreal yang mendera dan membunuh orang-orang Islam di Palestin dan kezaliman Amerika di Afghanistan dan Iraq.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List