1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Saturday, September 05, 2009

Mengapa Orang Melayu Menghina Islam?

Sekarang kita sedang berada di bulan mulia di sisi Islam. Bulan di mana umat Islam berlumba-lumba beribadah untuk mendapat rahmat daripada Allah SWT. Tapi malangnya di Shah Alam orang Melayu telah mencemarkan bulan mulia ini dengan mempersendakan agama Islam. Ianya bermula dengan cadangan memindahkan kuil Hindu dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 Shah Alam.

Hasil daripada cadangan itu maka orang Melayu mengambil tindakan dengan melakukan demonstrasi yang telah dihalalkan berbanding dengan demontrasi yang diadakan di Kuala Lumpur beberapa kali sebelum ini. Bezanya demonstrasi di Shah Alam itu dicetuskan oleh pihak yang sebenarnya bertujuan cuba hendak menjatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat.

Apa yang dikesalkan ialah orang-0rang Melayu ini menghina Islam dalam usaha mereka. Pertama mereka menggunakan kepala lembu yang nyata merupakan binatang suci bagi penganut agama Hindu. Apa yang orang Islam rasa apabila Nabi Muhammad S.A.W telah dipersendakan oleh seorang pelukis kartun dari Belanda tidak lama dahulu, begitulah juga mereka yang beragama Hindu itu rasa. Tindakan itu boleh mencetuskan rasa tidak puas hati yang boleh membawa kepada perkauman.

Keduanya, orang-orang Melayu itu juga telah mempersendakan seruan untuk mengagungkan Allah dengan menukar takbir kepada take beer. Apabila ahli dan penyokong PAS mendengar laungan takbir, semua menyahut dengan Allahu Akbar. Tetapi orang-orang Melayu yang berdemonstrasi ini mempersendakan pula dengan menyeru dan mengalakkan orang mengambil minuman keras yang jelas haram bagi orang Islam. Saya tidak nampak mengapa harus orang Melayu menyeru orang lain untuk mengambil minuman keras. Jika hendak dikatakan mempersendakan PAS adalah jauh sekali kerana PASlah yang bersungguh-sungguh membantah penjualan minuman keras sedangkan UMNO/BN yang beria-ia mengekalkannya.
Ini satu lagi usaha oleh orang Melayu yang saya dapat dari MyKMU. Na' uzubillah. Ini perbuatan orang Melayu. Jika mereka akur kepada Islam tentu tidak akan mempersendakan orang lain yang memperjuangkan Islam.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List