1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Wednesday, September 16, 2009

Nak Raya la

Pagi ini kocek aku bertambah RM250. Ini adalah merupakan saguhati yang diumumkan oleh kerajaan sempena Aidil Fitri tahun ini. Duit tu tak dimasukkan dalam bank sebaliknya dibayar secara cash tunai. Harapkan kerajaan akan umumkan bonus tetapi still mengharapkan. Belanjawan 2010 masih belum dibentangkan. Sepatutnya dalam bulan September ni lah. 

Semakin hampir dengan Aidil Fitri semakin hilang semangat nak bekerja. Tulah lumrah manusia kan? Puasa pun tinggal tiga hari saja lagi. Kampung halaman sudah terbayang di mata. Bagi aku balik Kedah adalah satu kewajipan setiap kali raya. Sejak tinggal di Kuala Lumpur, belum miss lagi beraya di kampong. Bukan apa, di sana boleh beraya bersama sanak saudara disamping ibu bapa. Kalau stay kat KL rasa macam tak raya sebab tempat aku tinggal ni boleh kata hampir semua jiran balik, so kalau tinggal sorang kat sini, macam tak raya la.

Pernah sekali dulu aku beraya di Puduraya. Tahun 1992 sewaktu aku mengambil Diploma in Fitness dan cuti Hari Raya di tengah-tengah masa kursus. Cuti satu hari saja, so tak berbaloi nak balik Alor Setar. Masa tu aku menginap kat tangga Maybank yang dekat Puduraya tu. Jadi gelendangan selama satu minggu. Barang simpan kat tempat simpan luggage Puduraya. Mandi kat Mesjid Negara. Masa dok kat Puduraya tu,tak terasa pun macam Hari Raya. 

Tak tahulah bila hendak bertolak balik ke Alor Setar. Hari Jumaat ni aku tidak apply cuti pun tetapi anak aku sudah pun bercuti. Mungkin tahun ni balik tak bawa kereta tetapi menumpang kereta anak. Dia pun balik sorang saja, jadi tak berbaloilah kalau nak bawa balik dua kereta untuk kami berempat. 

Kesesakan jalanraya tentunya berlaku pada hari Jumaat kerana ramai warga kota KL akan pulang beraya. Kalau dulu jalan waktu malam, jalan agak lengang sikit tetapi sejak akhir-akhir ni, dah ramai orang jalan waktu malam juga. Tahun lepas jalan sesak dari tol Jalan Duta hingga ke Tanjung Malim. Nak sampai Tanjung Malim mengambil masa hampir dua jam berbanding lebih kurang 45 minit selalunya.    Aku keluar kat Tanjung Malim dan ikut jalan lama hingga Gopeng baru masuk balik highway. Kena pula jam kat tol Ipoh Selatan. Hampir setengah jam baru boleh lepas plaza tol. Tu dah jam 1.00 pagi tu. Waktu yang tidak sepatutnya jam. Dekat plaza tol Jelapang pun kena lagi. Tu lah teruknya perjalanan nak balik kampong masa musim perayaan. 

PLUS ada mengeluarkan jadual perjalanan untuk mengagihkan masa perjalanan mengikut destinasi. Tapi nak ikut ke? Kalau dah nak balik, tu,peduli la jadual-jadual. Tapi kalau nak ikut, ikutla. 

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List