Sekarang ni dah mood raya ni. Kerja pun dok tunggu masa nak cuti dah. Dah jadi tabiat, apa-apa pun sekarang semua kerja nak tunggu lepas raya pula. Bila balik dari cuti raya, bagi pula alasan masih mabuk ketupat, tak boleh buat kerja lagi. Macam-macam.
Ops Sikap sudah bermula. Selepas ni tiap malam kita akan tengok statistik kat kaca TV berapa kemalangan, berapa kematian. Macam kita dok tunggu tengok bilangan pungutan pingat dalam temasya sukan. Begitulah setiap tahun. Sewaktu melancarkan kempen keselamatan jalanraya di bawah Ops Sikap, beliau menyatakan kekesalannya kerana bilangan kematian meningkat berbanding semasa di luar kempen Ops Sikap. Datuk Shaziman menasihatkan pemandu agar mengubah sikap kerana 70% kemalangan adalah kerana memandu laju dan cuai. Sementara 30% lagi kerana faktor-faktor lain. Datuk Shaziman ketika melancarkan lecana kempen Careful, Afable, Rational, Ethic (CARE).
Seain Kementerian Kerjaya Raya, Kementerian Kesihatan juga menasihatkan rakyat berhati-hati ketika menyambut Aidilfitri nanti. Ini kerana wabak Influenza A (H1N1) masih lagi menjadi ancaman. Menteri Kesihatan menasihatkan orang ramai memakai topeng muka jika berada di tempat tumpuan ramai. Penumpang kenderaan awam dinasihatkan mengambil langkahberjaga-jaga seperti memakai topeng penutup muka.
Kementerian Kesihatan menggariskan 4 fasa yang perlu diambil kira semasa menyambut mana-mana perayaan, bagi mengelak penularan wabak Influenza A (H1N1) dalam negara.
Menterinya Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai berkata ia merangkumi langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil dalam empat tempoh fasa iaitu:
1) semasa sebelum balik kampung,
2) semasa dalam perjalanan,
3) semasa berada di kampung
4) selepas kembali dari kampung.
Beliau berkata orang ramai tidak perlu panik atau terlalu bimbang sehingga tidak tahu apa yang hendak dilakukan bagi mengelak jangkitan virus itu ketika hendak menyambut sesuatu perayaan.
"Jika semua pihak dapat mengambil langkah-langkah pencegahan, maka wabak ini dapat dikawal dengan lebih baik,"
Sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri ini, Liow sekali lagi mengingatkan orang ramai supaya terus mengamalkan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan wabak H1N1 ini menular.
Liow seterusnya meminta orang ramai sentiasa melayari laman web Kementerian Kesihatan untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai wabak H1N1serta langkah kawalan dan pencegahan yang disyorkan dari semasa ke semasa.
"Walaupun di Hari Raya, senang-senang layarilah laman web kementerian, tengok apa cadangan dan syor yang ada, dan ikutlah syor-syor kementerian. Saya harap semua akan ikut nasihat yang diberikan kementerian," katanya.
Laman webnya: http://h1n1.moh.gov.my/BerhariRayaTanpaH1N1.php
Dalam pada itu walaupun pada musim perayaan, orang ramai diingatkan supaya tidak memandang ringan tahap kesihatan mereka khususnya kepada yang menunjukkan simptom-simptom dijangkiti wabak H1N1.
"Jangan pandang ringan jika terasa sakit, dan jangan hanya bertahan tidak berbuat apa-apa. Jika sakit cepat jumpa doktor untuk dapatkan rawatan.Jangan hanya kerana Hari Raya, ramai ambil mudah," kata Liow.
No comments:
Post a Comment