Dua konsesi tersebut akan memberikan insentif kepada pengguna Lebuhraya sempena cuti Aidil Fitri ini. Dilaporkan PLUS akan memberikan potongan 20% dan MTD Prime laluan percuma. Namun demikian insentif ini akan diberikan pada waktu bukan puncak. Maksudnya kalau travel siang kena macam biasala dan jalan waktu malam antara 12.00 malam dan 5.00 pagi di Lebuhraya Pantai Timur. Dua hari sahaja diteapkan iaitu pada 18hb dan 24hb September.
Apabila insentif ini diberikan adakah waktu tengah malam antara jam 12.00 malam hingga 5.00 pagi akan terus menjadi waktu bukan puncak? Tahun lepas saya balik ke Utara bertolak dari rumah untuk balik ke Utara jam 11.00 malam. Jalan sesak bermula selepas tol Jalan Duta hinggalah ke Tanjung Malim apabila saya keluar ke jalan lama. Sepanjang perjalanan kereta bersusun dan perjalanan menjadi lambat. Perjalanan yang mengambil masa kira-kira 45 minit biasanya itu, berlarutan hingga hampir dua jam. Dahlah berbaris dan tension dalam kereta, tup-tup pemandu yang mementingkan diri laju ke menggunakan laluan kecemasan. Tak ada pula polis untuk mengawal mereka ini. Ops Sikap apa ke jadahnya macam tu.
Aku rasa kali ini waktu puncak akan bertukar dari siang ke antara jam 12.00 hingga 5.00 pagi pula untuk kedua-dua tarikh itu.
No comments:
Post a Comment