Tengahari tadi aku pergi cari SIM pack Tunetalk kat City Plaza, Alor Setar. Ni mobile provider baru punya milik siapa lagi kalau bukan Tony Fernandes. Tune money, Tune hotel dan sekarang Tunetalk. Taknaklah promosi lebey-lebey, korang masuklah website dia dan tengok apa kelebihannya. Aku sebenarnya dah beli SIM pack ni di Kuala Lumpur. Harganya RM 4.90 sahaja dan ada nilai panggilan RM 5.00 di dalamnya serta tempoh sah 30 hari dari mula activate. Untung 10 sen. Hahaha.......
Sebenarnya aku cari SIM pack baru ni kerana tidak boleh tukar nombor walaupun Tunetalk cakap dalam websitenya begini......
Change your Mobile Number Anytime!
Don't like your Tune Talk mobile number anymore? Getting too many annoying calls? Change it without even having to change your SIM card. Your entire account information, including credit balance and history will be retained. Just login to your Self Care account or visit any of our authorized dealer.
Don't like your Tune Talk mobile number anymore? Getting too many annoying calls? Change it without even having to change your SIM card. Your entire account information, including credit balance and history will be retained. Just login to your Self Care account or visit any of our authorized dealer.
Bila tanya Customer Care dia cakap kena beli SIM baru. Korang tengok........
Berbalik cerita aku tadi. Outlet itu menjual starter SIM pack dengan harga RM 38.00. Aku pun tanya pasal apa RM 38.00 sedang SIM pack hanya RM 5.00. Dia cakap senang saja. Memang kami jual macam tu. Jadi bermakna dia jual melebihi harga sepatutnya dengan kelebihan RM3.00. Dah untung RM3.00 buta-buta, dapat komisyen lagi jual SIM pack tu. Lepas tu untung lagi dengan komisyen top up RM 30.00 itu. Senang sana dia orang tipu kita.
Aku dah pun hantar email kepada Customer Care tanya adakah pekedai boleh letak harga sesuka hati seperti itu. Ni sedang menunggu jawapan dari mereka. Kita pengguna janganlah senang-senang kena tipu oleh pekedai.
2 comments:
baru bercadang-cadang nak beli sim pack tunetalk tu..promo cm best jer.
setakat cakap 22sen dan SMS 5 sen tu okla. Nak harapkan Insruans RM 100,000 entah la.
Post a Comment