1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Tuesday, September 29, 2009

Tunetalk

www.tunetalk.com/services?page=benefits#etiqa-pa-insurance
Masih lagi mood raya. Hari ni hari pertama masuk ofis lepas cuti raya. Semalam pergi beli SIM pack Tunetalk kat 99 Speedmart. Starter pack dijual dengan harga RM 4.90 dan dapat call credit sebanyak RM 5.00. Untung 10 sen. Kad yang sama kalau beli di tempat lain lebih dari itu. Masa di Alor Setar tanya kat dealer di City Plaza dia jual RM 38.00. Tentunya termasuk top up RM 30.00. Jadi harga starter pack RM 8.00. Cekik darah betul. Di Sungai Wang Plaza pula kad itu dijual dengan harga RM 10.00.

Nampaknya pengguna terpaksa menyerah leher kepada peniaga dalam banyak hal. Aku telah menghantar email kepada Customer Care Tunetalk tentang dealer yang jual starter pack dengan harga yang tinggi itu. Tetapi customer care tidak jawab langsung email aku. Nilah customer care di Malaysia. Tidak bertanggungjawab. Mungkin mereka akan respon jika komplen pengguna yang menyedapkan hati mereka sahaja.

Salah satu ciri Tunetalk ialah pelanggan boleh menukar nombor pada bila-bila masa dengan percuma. Aku rasa ia hanya "sweettalk". Aku telah beli starter pack kedua dan masih tidak boleh tukar nombor mengikut pilihan. Ni ceritanya.

Sewaktu beli kad yang pertama, aku dimaklumkan bahawa aku boleh pergi online dan tukar nombor. Balik rumah terus aku pergi online dan register dalam self care. Aku masukkan nombor pilihan. rupa-rupanya nombor pilihan itu ialah nombor booking. Ia bertahan selama 7 hari. Selepas itu baru aku boleh pergi beli starter pack yang akan diberikan nombor baru.

Ni nak share pengalaman aku dengan pembelian starter pack Tunetalk. Selepas beli, kad sim itu hendaklah diaktifkan dengan menekan *111# dan send. Tunetalk akan menghantar nombor simpack itu yang merupakan nombor telefon baru anda. Jika anda tekan 1 iaitu untuk "accept" bererti itulah nombor baru anda. Jika anda tidak suka dengan nombor yang diberikan itu anda tekan 2 iaitu untuk reject. Tunetalk akan berikan anda nomnor baru. Jika anda masih tidak suka tekan 2 sekali lagi. Tunetalk akan minta anda masukkan empat angka pilihan dan send. Tunetalk akan berikan tiga angka di hadapan. Itulah nombor baru anda.

Mengikut maklumat yang saya tahu, nombor itu boleh dipilih semula melalui Self Care dalam internet. Sehingga ini saya masih belum berjaya menukar ke nombor pilihan saya lagi. Malah self care tu pun macam ada masalah saja. Beberapa kali selepas tekan sumbit, loopnya akan bawa balik ke login page. Kena masuk username dan password sekali lagi.

Tunetalk juga secara automatil memberikan kepada pelanggan perlindungan insurans kemalangan bernilai RM 100,000. Syaratnya kena top up sekurang-kurangnya RM30.00 setiap bulan. Disamping itu anda juga dikehendakki mengisi borang Etiqa Insurans, iaitu pihak ketiga yang terlibat dengan pengeluaran insurans berkenaan. Sejauh mana kesahan perlindungan ini tidak dapat dipastikan. Dalam perkara mudah seperti pilihan nombor pun menimbulkan masalah, apa lagi melibatkan jumlah tuntutan insurans yang banyak itu.

Tunetalk ini ada hubungan dengan Airasia dan Tune Hotels. Jadi kalau kedua-dua entiti itu pun ada masalah berkaitan dengan pengguna, maka tidak mustahil pelanggan Tunetalk ini pun akan berhadapan dengan masalah kelak khususnya berkaitan tuntutan insurans.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List