Hari ini keluar KL tujuan mengambil gambar untuk buat blog tentang Kuala Lumpur. Sekarang ni sedang berlangsung peraduan menulis blog untuk memperkenalkan Wilayah Persekutuan kepada orang umum. Peraduan ini sudah bermula pada 5hb Oktober lalu selepas dilancarkan oleh YB Raja Nong Chik, Menteri Wilayah Persekutuan. Peraduan ini akan berlangsung sehingga 5 Januari 2010.
Hari ni dah pusing sekitar kawasan Mesjid Jamek, Datran Merdeka, Central Market, Petaling Street dan Kuala Lumpur. Eh, apa pula ni? Kan semua tadi di Kuala Lumpur. Ha......ramai yang salah anggap. Sebenarnya yang dinamakan Kuala Lumpur itu ialah di kasawan sekitar Medan Pasar di mana bermulanya bandaraya ini pada tahun 1857. Di situ ada satu menara jam yang menandakan Kuala Lumpur. Sebenarnya aku mendapat tahu tempat itu dinamakan Kuala Lumpur di zaman naik bas mini dulu. Bila sampai kawasan itu konduktor basakan melaung Kuala Lumpur!! Kuala Lumpur!!.
No comments:
Post a Comment