1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Tuesday, October 20, 2009

Inikah Sikap Masyarakat Kita Terhadap Penjenayah?

Petang tadi aku keluar ke Kuala Lumpur untuk menuntut hadiah kemenangan peraduan blog untuk Projek Alpha Nuffnang. Sewaktu dalam perjalanan pulang dan berada di hadapan Kompleks membeli-belah Sogo, tiba-tiba ternampak satu insiden di mana seorang polis sedang mengejar seorang lelaki menuju ke arah Pertama. Pada mulanya tergamam juga dan posisi aku yang berada agak jauh dari laluan mereka tidak membolehkan aku melakukan sesuatu untuk membantu polis itu.

Tiba-tiba hatiku rasa sebak apabila melihat polis itu tersungkur di kalayak ramai itu dan ia membolehkan lelaki yang dikejar itu melepaskan diri. Aku rasa kesian kepada polis berkenaan kerana tidak ada sesiapa pun yang peduli dengan keadaannya. Malah orang ramai yang ada di sekitar kawasan itu hanya melihat sahaja polis itu yang aku yakin berada malu dengan apa yang berlaku. Tentu dia merasa malu kerana tidak berjaya mengejar lelaki itu yang pada pengamatan aku sama-sama keletihan. Entah sudah berapa jauh lelaki itu dikejar.

Apa yang aku rasa terkilan ialah aku sendiri tidak berupaya melakukan sesuatu untuk membantu polis itu kerana pertama tergamam dan kedua berada agak jauh dari laluan mereka. Yang lebih mengeciwakan ialah mengapa orang ramai yang berada di laluan lelaki itu tidak membantu menghalangnya. Setidak-tidaknya dapat melengahkan lariannya dan membolehkan polis itu menangkapnya. Adakah ini sikap orang ramai? Reaksi orang ramai terhadap penjenayah bukan kali pertama kita dengar. Pernah ada mangsa yang mengadu orang ramai hanya menonton sahaja dirinya yang dalam keadaan tidak bernasib baik itu.

Kesal.....memang itulah perasaan aku kerana tidak berupaya membantu polis berkenaan. Aku pasti polis berkenaan rasa cukup keciwa. Pertama keciwa kerana tidak dapat mengejar lelaki berkenaa. Kedua, keciwa kerana tersungkur. Ketiga, keciwa kerana orang ramai hanya memerhati seolah-olah mengejek polis itu kerana tidak berjaya menahan suspek.

Sehingga menulis posting ini aku masih rasa kesal dan simpati dengan anggota polis berkenaan. Aku mendoakan anggota polis itu tabahkan hati untuk menjalankan tugas di masa hadapan demi keamanan negara. Bagi aku walaupun dia tidak dapat mengejar suspek, tetapi dia telah berusaha bersungguh-sungguh. Hanya nasib tidak menyebelahinya.

2 comments:

Aidi-Safuan said...

bongokss nyer orang ramai...dah la tak nak tolong tangkap orang jahat tuh.pastu biar jer plak tuh polis tuh tersungkur...cube bayangkan kat diri sendiri kena ragut/samun dengan orang jahat pastu polis sama yg tersungkur tuh taknak tolong sebab dulu anda tak nak tolong dier..rasakan~

Anonymous said...

memang saya kesal dengan sikap orang ramai waktu itu. kalau tak nak tangkap pun, sekurang-kurangnya melambatkan lariannya untuk membolehkan polis mengejar. sampai sekarang saya masih rasa simpati dengan polis berkenaan.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List