Semalam satu "kecemasan" berlaku pada sebelah petang di mana satu gegaran telah dirasakan oleh beberapa kawasan di Kuala Lumpur. Tak pasti di tempat lain. Ini kesan daripada gempa bumi di Padang Jakarta pada jam 6.16 petang (waktu tempatan).
Sejak peristiwa tsunami yang melanda beberapa bahagian negara kita pada tahun 2004 lalu, maka ramai yang sudah mula peka dengan keadaan gegaran. Tsunami dan gegaran hasil daripada arus gempa bumi sudah berlaku sejak lama dahulu lagi tetapi tidak menimbulkan apa-apa rasa panik.
Semalam sahaja ada dua gempa yang berlaku dan boleh dikatakan gempa yang kuat. Satu di kawasan lautan Pasifik yang menyebabkan tsunami melanda Kepulauan Samoa. Yang kedua ialah yang berlaku di Padang, Sumatra Barat yang kesan gegarannya dirasai di Kuala Lumpur.
Aku sedang tidur apabila isteri mengejutkan dan bertanya sama ada rasa rumah goyang. Sebaik terjaga memang terasa rumah goyang. Bila check air di dalam balang penapis air, memang nampak airnya berolak dan mengesahkan memang ada goyangan. Bila tanya sama ada hendak turun ke bawah atau tidak, aku menjawab tak payahlah. Sebenarnya, kita jangan panik. Gempa bukan berlaku di tempat kita. Apa yang dirasakan hanyalah kesan alun daripada gempa yang berlaku di epicentre. Memandangkan KL berada jauh dari kawasan epicentre itu, maka tidak perlu ada apa-apa yang perlu dibimbangkan. Aku dan keluarga terus berada di rumah sehingga kesan goyang itu berhenti.
Aku melihat ke bawah dan mendapati ramai jiran yang sudah berada di luar. Walaupun berada di luar, mereka sebenarnya tidak berada di tempat yang selamat kerana hanya berlegar-legar di sekitar bangunan. Jika berlaku sebarang kecelakaan, tentu tidak akan selamat juga. Sepatutnya mereka berada jauh dari dari bangunan.
No comments:
Post a Comment