1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Monday, October 05, 2009

Hendak Biarkah Islam Terhina?

Nauzubillah!,
Saya menerima satu email dari seorang rakan sekerja dan sepatutnya tugas saya sebagai seorang Islam ialah menyebarkan semula kepada rakan-rakan. Namun saya mengambil keputusan untuk menyebarkannya melalui posting ini kerana ia mampu sampai kepada lebih ramai orang Islam. Saudara pembaca boleh copy  dan sebarkan dalam apa cara sekalipun kerana mempertahankan agama Allah ini adalah jihad kita.


 ISLAM DIHINA DI MALAYSIA
 Baca sama-sama...


 Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila  berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni?? Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.
 Bukan takut nak beranak, tapi takut  ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!

 Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan  membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang  terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang  menurunkan  signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt  kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga  minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar  kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni  dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan  IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

 Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...



 Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung  dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia .
 Antaranya:

 1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan  mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
 - Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung  tidak boleh  dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat  anak-anak. Sam pai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,  tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata nak  jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah  digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

 2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum  identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita  itu,depa  minta di'tiada' kan . Saya nemambah: Sekarang usaha mentiadakan bangsa dalam semua urusan borang sedang dilakukan. Sanggup kah kita hilang bangsa sendiri? 

 3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia  tidak perlu masuk Islam..

 4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,  mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

 5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,  begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah  ibadat orang bukan Islam.

 6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat  hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

 7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -
 mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni  bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama  kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah  nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?....Kalau tak dak mahkamah  syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,  sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar

 8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya  dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

 9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak  penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

 10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang  ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga  ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

 11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible  dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

 12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di  Malaysia ? ....lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah  Millenium  Muslim

 Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana  sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM
dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya  dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?....Depa kata  kat  Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded  langsung!'....Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim',  katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,  maka inilah hadiahnya!'...

Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia . Yang lainnya sunyi sepi  termasuklah akhbar-akhbar,  macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!
 -------------------------------------------------------------------------
 Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya:
'Sepertimana yang Tartar  berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja  mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak  yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil  daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan  lain-lain.

Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa  nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak  cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah  Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib  diperangi  sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum  selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir  al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)

 Allahua`ala `alam.
 27  SEPTEMBER 2007

 **SAPA YANG BACA ARTIKAL NIE 'DIWAJIBKAN' POST KEPADA SAUDARA MUSLIM  LAINNYA... KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD... SUPAYA SAUDARA MUSLIM KITA  DAPAT  TAHU TENTANG UNSUR-UNSUR MENGHANCURKAN ISLAM.....

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List