1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Friday, October 09, 2009

Pendapatan Dari Blog

Hari ini aku ambil cuti rehat. Cuti aku pun masih banyak lagi. Kadang-kadang sayang juga hendak ambil cuti pasal cuti rehat ni kalau dikumpulkan boleh dapat golden handshake bila pencen nanti. Cuti yang diambil harini sebebarnya aku ada rancangan nak pergi ASTAKA untuk field walk sebagai persediaan untuk tournament paintball esok dan lusa (10 dan 11 Oktober). Tournament ni merupakan Malaysian Super Lite. Harap-harap dapatlah naik podium kali ni.

Walaupun dah ambik cuti tak pergi pun ke ASTAKA. Sepanjang pagi dok menghadap komputer sampai tengahari bila tiba masa nak pergi sembahyang Jumaat. Petang pula jangka nak menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Majlis Ibadah Qorban untuk pejabat aku kerja. Namun demikian awan gelap dan tanda-tanda hujan nak turun menyebabkan aku tidak dapat keluar rumah untuk ke pejabat bagi menghadiri mesyuarat itu. Jadi aku tidak pergi mesyuarat.

Cadang nak pergi ASTAKA selepas asar, tetapi hujan yang turun membuatkan aku batalkan rancangan. Harap-harap esok masa pertandingan, hujan tak turun. Jika tak harus berkubanglah kat field.

Hari Selasa aku menerima email dari Nuffnang memaklumkan bahawa posting dalam blog aku tentang Projek Alpha telah berjaya mendapat tempat keempat. Memang gembira benar. Sekurang-kurang usaha aku membuat posting mendapat imbuhannya. Nuffnang Project Alpha ni telah berikan aku pulangan dalam bentuk barangan dengan nilai RM 580.00 (Hadiah keempat). Hari rabu aku terus pergi ke pejabat  Nuffnang di Jalan Yap Ah Shak untuk menuntut hadiah aku.  Ini merupakan hadiah kedua yang aku perolehi melalui blog aku The xperienceoflife. Dulu aku dapat Karspersky Anti Virus kerana buat pre-event blog untuk satu karnival blogger di Petaling Jaya.

Pagi ini aku buat satu lagi posting untuk Project Alpha dan kali ini aku tumpukan kepada salah seorang blogger yang dikenali sebagai Kak Red. Nilah gambar Kak Red tu.........

Harapan aku dengan posting kedua ini juga sekurang-kurangnya akan dapat hadiah yang lebih baik. Pertandingan sempena Projek Alpha ini berlangsung selama 7 minggu. Blog aku tu mendapat hadiah untuk minggu pertama. Masih ada peluang lagi untuk menyertai dan blog boleh dibuat dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu. Hadiah utama pula ialah menonton perlawanan EPL di Chelsea. Bukan setakat ke Chelsea sahaja tetapi berpeluang pergi bersama pengacaranya Jojo Stuys. ".....sending the winner in a date with Jojo Struys, host of Project Alpha to Chelsea......"

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List