1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Friday, October 30, 2009

Kalimah Allah Pada Toman

Dari semasa ke semasa sememangnya Allah Ta'ala menunjukkan kekuasaannya pada berbagai tempat dan lokasi. Antara apa yang ditunjukkan ialah tulisan kalimah Allah dan Muhammad.

Hari ini dalam mStar ada disiarkan tentang seekor ikan toman ada kalimah Allah pada badannya yang ditemui di Felda Aring Satu, Gua Musang. Laporan SETERUSNYA......

Allah menunjukkan kepada manusia akan kebesarannya agar manusia sedar dan kagum dengan kebesarannya lalu tunduk mengabdikan diri padaNya. Di samping kalimah Allah, sering terjumpa juga perkataan Muhammad yang menandakan betapa agungnya nabi akhir zaman itu. Pernah kita tertanya mengapa nama nabi-nabi lain tidak pernah terjumpa sepertimana kita jumpa nama Muhammad?

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List