1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Friday, December 04, 2009

Buat Apa Menangis Atas Kesalahan Sendiri?

Cerita  siksaan pembantu atau orang suruhan bukan perkara baru. Dulu kita dengar tentang penyiksaan yang dilakukan terhadap hamba abdi. Sekarang pula kita juga dengar cerita yang berbentuk sama yang juga dilakukan ke atas pembantu rumah pula. Kedua-duanya; hamba dan/atau pembantu rumah adalah mempunyai tugas dan tanggungjawab yang sama iaitu melalukan kerja-kerja domestik untuk seseorang. Cuma perbezaannya ialah hamba dimilikki tetapi pembantu rumah di gajikan.

Pada tahun 2004 negara dikejutkan dengan satu pendedahan menyedihkan seorang pembantu rumah Indonesia, Nirmala Bonat telah di siksa oleh majikan secara fizikal. Malah kisah sedih Nirmala itu bukanlah yang pertama berlaku di kalangan pembantu domestik di negera kita tetap imungkin tidak terdedah.

Memang sukar hendak difikirkan adanya manusia yang masih tidak berhati perut sanggup memperlakukan seorang manusia lain sedemikian kejam, apa lagi berpendidikan. Bagaimana jika salah seorang ahli keluarganya diperlakukan sedemikian rupa pula.
 

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List