Hari ini sudah 31 Disember. Hari terakhir bagi tahun 2009. Malam ini sudah pasti ramai akan membanjiri Dataran Merdeka dan KLCC di Kuala Lumpur. Di Pulai Pinang, pihak keselamatan telah memberi amaran agar mereka yang berhimpun untuk menyambut tahun baru tidak menimbulkan kekacauan seperti yang berlaku pada malam hari Krismas lalu. Tapi Pulau Pinang ni boleh dikatakan setiap tahun ada sambutan yang melampau sehingga ada kerosakan terhadap kenderaan awam. Apalah nak terlalu gembira sangat dengan sambutan tahun baru? Kerana nak meraikan peningkatan setahun lagi usia kita? Atau kerana ianya benda yang baru sebab semua yang baru ni semua orang rasa seronok.
Entahlah, belum pernah lagi aku keluar untuk menyambut tahun baru sejak hidup 55 tahun yang lalu. Adalah lebih baik duduk di rumah dengan rasa penuh keselesaan.Tak buat countdown pun, tahun baru tetap akan tiba.
Apa yang pasti kedatangan tahun baru menandakan semua semakin tua. Dunia semakin tua, usia semakin tua dan 2012 semakin hampir. Percayakan dengan propaganda Yahudi tentang 2012. Aku tak tonton pun 2012, tapi mengikut kata mereka yang dah pergi menonton, selepas bumi musnah, ada kehidupan baru dan tahun pun bermula dengan kiraan 0000. Percayakah? Bukankah Al Quran dah bagi tahu pada kita apabila kiamat, manusia akan dihimpunkan di Padang Mahsyar dan manusia akan hidup di alam Akhirat. Jadi persetankan 2012 takut-takut nanti akidah kita terpesong.
Walau apapun
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2010 DENGAN IRINGAN DOA ALLAH TERUS MEMBERKATI HIDUP KITA. AMIN
.
No comments:
Post a Comment