1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Saturday, January 09, 2010

Posting Pertama Tahun 2010

Hari ini tahun 2010 sudah masuk 9 hari dan inilah merupakan posting pertama. Sebelum ini aku hanya concentrate blog ....as I travel untuk membuat posting bagi menyertai pertandingan menulis blog Blog4FT. Pertandingan itu sudah pun ditutup dan aku sempat membuat 71 posting dan menempatkan diriku sebagai penyumbang kelima terbanyak. Dengan sumbangan itu aku kini menunggu keputusan resmi untuk mendapat Celcom Broadband stick seperti yang diumumkan oleh sekteriat pertandingan. Jadilah dapat juga modem mobile itu secara percuma. Oh, ya dikatakan juga aku akan turut dapat sebulam akses percuma.

Walau bagaimanapun aku masih mengharapkan untuk menjadi salah seorang pemenang bulanan bagi bulan Disember. Pemenang bulanan akan mendapat Celcom Blackberry 8250 Gemini, dua tiket Airasia ke mana-mana penerbangan domestik, baucer Borders bernilai RM150, 1 Celcom Broadband USB stick dengan 1 bulan akses.

Setelah menyertai sirkit terakhir My NPL pada bulan November 2009 lalu, baru hari ini aku turun semula untuk latihan paintball di ASTAKA, Petaling Jaya. Sebulan lebih juga berehat tetapi nasib baik juga turun main hari ini aku tidaklah rasa terlalu letih sangat. Main beberapa game dan aku dapati performance aku agak berkarat sikit. Nak kena polish semula jika hendak masuk pertandingan. Pasukan aku YAKUZA belum tentu akan menyertai My NPL sirkit pertama pada hujung bulan Januari ini kerana belum bersedia secara fizikal, mental dan material. Tahun ini kamu terpaksa main dalam Division 3 setelah hilang kelayakan bermain dalam Diovision 4. Main dalam Division 3 adalah lebih mencabar bukan sahaja fizikal tetapi juga kemahiran dan poket. Lagi pun kami masih belum ada e-marker untuk main dalam Division tersebut. Jadi alternatif kami ialah untuk menyertai dulu Liga MPOC di Xtion paintball, Bukit Jalil, untuk mengumpul lebih banyak pengalaman sebelum main dalam Division 3. Di MPOC kami masih boleh bermain dalam Division 4 kerana belum pernah menyertai liga mereka.

Petang tadi pergi ke Taman Bukit Jalil. Bukan taman perumahan tetapi taman rekreasi. Taman itu memang luas dan aku telah menulis posting dalam blog. Baca DI SINI dan DI SINI. Bukan pergi berjogin atau beriadah pun tetapi dah tiga petang ke sana, aku bawa netbook dan surfing. Aku guna maxis broadband di sana. Signal boleh tahan la. Taklah laju sangat.

Habis satu hari lagi di tahun 2010...................



No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List