1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Friday, January 22, 2010

COLA AKAN DITARIK BALIK?

Dengar khabarnya elaun COLA (Cost of Living Allowance) dan EKA (Elaun Khidmat Awam) akan dihapuskan oleh kerajaan kerana tidak ada duit. Jadi salah satu langkah untuk menjimatkan duit ialah dengan mengurangkan pendapatan kakitngan awam.Dan dalam pada masa yang sama GST akan dilaksanakan yang secara tidak langsung akan meningkatkan lagi perbelanjaan sara hidup rakyat. Best betul kerajaan yang ada sekarang.

UPDATE 
Laporan Mstar hari ini JPA menafikan dan mengatakan bahawa ianya hanyalah khabar angin.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List