1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Tuesday, January 26, 2010

TANDA TANDA KEBESARAN ALLAH

Sewaktu sedang download clip-clip video dari You Tube saya telah dibawa ke beberapa clip yang menunjukkaa tanda-tanda kebesaran Allat S.W.T. Saya copy beberapa clip di sini untuk dikongsi bersama. Sekiranya saudara ingin melihat lagi silalah ke laman web video popular itu.


Untuk Video clip ini sila tunggu sehingga 2:30 untuk mendengar Singa ini mengaum dan suaranya berbunyi Allah

Tsunami 2004 telah memusnahkan hartabenda dan nyawa di beberapa tempat di muka bumi ini. Namun Allah telah menunjukkan kebesarannya dengan meninggalkan mesjid daripada dimusnahkan oleh kuasa air ciptaan dan milikNya.

Satu-satunya laungan yang tidak berhenti dan bersahut-sahutan serta tidak pernah merasakan jemu mendengarnya di muka bumi ini ialah Azan. Azan terus berkumandang setiap masa di muka bumi dan tidak putus-putus sejak zaman Nabi dan Insyaallah hingga hari Kiamat.

ALLAH HU AKBAR!!

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List