Tengah hari tadi sebaik sahaja selesai makan tengahari, telefon bimbit aku berbunyi. Jarang sangat orang menelefon aku waktu makan ni. Bila tengok nombornya, land line. Eh, nombor tu pernah buat panggilan padaku beberapa hari sebelum ini. Aku agak-agak saja sebab macam nak sama pun.
Beberapa hari lalu aku ada menerima satu panggilan dari seorang wanita menggunakan nombor itu. Oleh kerana telefon aku yang sudah hampir dua tahun usianya, agak bermasalah sikit, maka intronya tidak begitu jelas. Nak kena tunggu beberapa minit baru dapat dengar dengan jelas. Tu Motorola tu. Orang dah tak pakai dah pun phone macam tu sekarang kot sebab banyak model baru yang masuk pasaran. Soundnya ada sikit masalah la. Tapi taklah seteruk isteri Pak Mat dalam Seniman Bujang Lapuk. Melalut pula.
Wanita yang menefon aku tu mengatakan dia nak buat sedikit interview tentang diriku. Alamak, bila pula aku menjadi popular ni. Dia kemudian cakap aku ada hantar sntry untuk pertandingan Saya Nak Cuti anjuran MAS Traveller. Baru aku ingat, memang aku saja-saja je hantar entry dan tidak berharap nak menang pun (eleh.....tipu). Betulkan? Mana ada orang masuk pertandingan tidak ada niat nak menang.But aku just nak cuba nasib je tu. So, dah kena interview. Dia minta aku ceritakan serba sedikit tentang diriku.
So, hari ini rupanya follow up call dari seorang lelaki pula yang mengatakan aku telah tersenarai dalam top 20 entrant. Wah, Top 20. Tak sangka pula. Memang hati terlonjak gembiralah. Then dia cakap nak datang interview aku dan buat shooting. Shooting? Alamak. Rasa macam selebriti sekejap. So, buatlah appointment. Dia orang nak datang sebelah petang kat pejabat aku.
Hari riang memang tak terkira. Bukan senang pihak TV nak buat interview khusus macam tu. Dulu pernah gak berlakun dalam Drama TV Al Infithar di samping N.D Lala dan Zami Ismail. Tu pun cakap tiga patah perkataan saja. "Siti Salbiah...anak Tok Guru." Dailog itu aku ucapkan kepada Zami Ismail yang terpegun dengan kecantikan Siti Salbiah sewaktu hendak naik ke surau. Lepas tu ada jugalah kena interview oleh RTM semasa menyaksikan drift kat Bukit Jalil. Masa main painball kat MyNPL di Melaka pun ada juga production interview aku. Dia cakap hari keesokannya cameraman nak follow aku untuk buat rakaman susulan. Tapi malangnya, team aku tidak berjaya masuk ke pusingan seterusnya.
OKlah, berbalik kepada cerita asal. So, buatlah temujanji untuk shooting (ewahhh, macam artis). Syarikat produksi yang akan datang buat interview dan merakam interview untuk tujuan promosi kat internet dan kemudian dalam Astro Ria.
Kat ofis satu pejabat excited. Bukan senang nak tengok shooting secara live kan? Aku pula rasa gelabah juga kerana ini bukan shooting macam dulu-dulu. Ini shooting untuk menentukan sama ada aku akan dapat mara ke pusingan seterusnya dan menjadi pemenang untuk ke Bali, lokasi percutian idaman aku itu.
Bali menjadi pilihan aku untuk bercuti kerana keunikan budayanya. Bagi aku ia merupakan pertemuan antara budaya Hindu dan Melayu. Di samping itu Bali juga memilikki pantai yang indah-indah. Satu lagi keistemewaan Bali ialah ombak besarnya yang sesuai untuk surf boarding.
Scene pertama merupakan pengenalan diri. Beberapa kali ulang take, setiap kali dailog aku berubah. Tu kerana gelabahnya. Tapi aku rasa dalam next shooting mungkin aku akan lebih bersedia dari segi mental.
No comments:
Post a Comment