Siapa tak rasa gembira jika diberitahu yang dia memenangi sesuatu hadiah untuk peraduan. Begitulah aku sewaktu mendapat panggilan telefon pada waktu tengahari, waktu makan. Panggilan ini merupakan panggilan susulan dari yang pertama di mana seorang pemanggil wanita telah membuat sedikit soal selidik tentang diriku kerana aku mengenai satu penyertaan yang aku hantar untuk peraduan Saya Nak Cuti anjuran Mastraveller.
Gambar atas: sewaktu membuat pengambaran video di pejabat aku.
Paggilan terbaru datang beberapa hari selepas itu yang memberitahu bahawa aku menjadi diantara dua puluh orang yang terpilih untuk memasukki pusingan akhir peraduan. Panggilan ini memberitahu yang satu sesi pengambaran akan dilakukan untuk minggu pertama.Beberapa hari selepas itu, iaitu selepas tarikh tutup peraduan, ku mendapat satu panggilan telefon pula yang memberitahu bahawa aku tidak terpilih dan terkeluar dari senarai 20 peserta akhir.
Hairan juga bagaimana pada mulanya aku terpilih dan kemudian terkeluar. Mungkin bukan rezeki aku. Ini satu pengalaman yang amat mengeciwakan aku.
1 comment:
xpelah..xde rezeki..cuba lagi lain kali...
Post a Comment