1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Wednesday, February 17, 2010

Menang Tak Jadi

Siapa tak rasa gembira jika diberitahu yang dia memenangi sesuatu hadiah untuk peraduan. Begitulah aku sewaktu mendapat panggilan telefon pada waktu tengahari, waktu makan. Panggilan ini merupakan panggilan susulan dari yang pertama di mana seorang pemanggil wanita telah membuat sedikit soal selidik tentang diriku kerana aku mengenai satu penyertaan yang aku hantar untuk peraduan Saya Nak Cuti anjuran Mastraveller. 
 Gambar atas: sewaktu membuat pengambaran video di pejabat aku.
Paggilan terbaru datang beberapa hari selepas itu yang memberitahu bahawa aku menjadi diantara dua puluh orang yang terpilih untuk memasukki pusingan akhir peraduan. Panggilan ini memberitahu yang satu sesi pengambaran akan dilakukan untuk minggu pertama.

Beberapa hari selepas itu, iaitu selepas tarikh tutup peraduan, ku mendapat satu panggilan telefon pula yang memberitahu bahawa aku tidak terpilih dan terkeluar dari senarai 20 peserta akhir.

Hairan juga bagaimana pada mulanya aku terpilih dan kemudian terkeluar. Mungkin bukan rezeki aku. Ini satu pengalaman yang amat mengeciwakan aku.

1 comment:

AJ said...

xpelah..xde rezeki..cuba lagi lain kali...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List