Sandal Bata yang akuy beli kat Labuan 2 tahun lalu dah koyak bahagian atasnya dan akan putus tidak berapa lama lagi. Tak tahu mengapa aku amat berminat dengan Bata bila membeli sandal. Dulu waktu mula-mula berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1995, aku beli sandal hitam dan boleh pakai sampai 5 tahun kot. Memang tahan walaupun harganya cuma RM 10.00. Selepas itu aku beli sepasang lagi model dan design yang sama tetapi harganya sudah naik RM 25.00. Kemudian sewaktu pergi ke Kota Kinabalu, aku beli sepasang lagi, pun model yang sama. Kali ini stock clearance kerana model tu dah tak keluar lagi. Aku beli dengan harga RM 10.00 juga. Jadi sejak tahun 1995 sehinggalah tahun 2007 aku terus memakai sandal Bata dengan model yang sama. Memang sedap dipakai. aku masih lagi simpan kasut ketiga itu jika ada sesak sikit boleh juga pakai pergi mesjid. Pergi mesjid tak boleh pakai kasut baru sebab yang pergi sembahyang Jumaat tu ada yang "tersilap" saruk kasut sewaktu nak balik. Dia terpakai kasut yang baru dan tertinggal kasut lamanya.
Pada hujung minggu lalu ada Jomheboh kat Bukit Jalil. Terdapat beberapa gerai yang menjual Crocs. Dah jadi satu tarikan sekarang Crocs semakin mendapat tempat di kalangan orang ramai. Walaupun Crocs yang dijual di Jomheboh itu bukan yang original, tetapi asalkan selesa, ia tidak menjadi satu masalah. Yang penting bagi aku bukanlah jenama tetapi keselesaan memakai.
Bukan setakat itu sahaja, Crocs ni pun ada aksesorinya yang dinamakan sebagai jibbitz. Ia merupakan butang-butang kecil untuk dipasang sebagai hiasan pada lubang-lubang udara kasut Crocs. Semasa jomheboh nampak ada dua peniaga menjual jibbitz ni. Tetapi bagi aku bukanlah nak trendy sangat, so aku tidaklah beli jibbitz ni.
No comments:
Post a Comment