Cuba bayangkan,
Anda akan kahwin beberapa hari lagi dan tiba-tiba anda mendapati kereta anda telah dicuri.
Itulah yang menimpa seorang sahabatku baru-baru ini.
Memang licik pencuri itu. Sabahatku baharu sahaja meletakkan keretanya di hadapan pejabat. Tak sampai pun sejam dari masa dia meletakkan kereta sehingga masa pejabat tamat. Bila dia keluar pejabat untuk mendapatkan keretanya didapati kereta tersebut tiada lagi di tempatnya. Sememangnya pencuri itu besar kemungkinan sedang memerhati dan mengetahui pergerakan sahabatku.
Mudah dan berani sekali pencuri itu kerana kedudukan kereta itu betul-betul di hadapan pondok sekuriti Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil dan tidak sampai 30 meter dari pondok sekuriti Majlis Sukan Negara. Inilah yang dikatakan mencuri di depan mata.
Ia merupakan satu pengalaman dan igauan buruk bagi sahabat saya itu kerana dia akan terus balik kampung selepas waktu pejabat dan tup tup keretanya telah hilang bersama beg pakaian.
Kepada mereka yang meletakkan kenderaan di sekitar kawasan Kompleks Sukan Negara kini harus lebih berhati-hati. Ini termasuklah mereka yang meletakkannya di tempat berbayar. Pengutip bayaran letak kereta tidak akan menyangka apa-apa jika kenderaan anda dicuri jika ianya dibuka dengan selamba dan pengera keselamatan tidak bunyi. Malah zaman sekarang jika pengera keselamatan berbunyi pun orang dah buat derk saja.
No comments:
Post a Comment