Pagi tadi ada kuliah subuh di surau tempat aku tinggal. Kuliah disampaikan oleh Iman Mesjid Seri Petaling. Sejak beberapa hari ini ceramah yang aku dengar ialah yang ada kaitan dengan Nabi Muhammad S.A.W. Sebenarnya dengar kuliah atau ceramah tentang junjungan besar kita itu tidak pernah menimbulkan kejemuan. Kisah bagaimana Nabi Muhammad S.A.W di Isra dan di Mikrajkan, dapat kita dengar setiap tahun apabila tiba Isra dan Mikraj, tetapi walaupun setiap tahun disogokkan dengan cerita yang sama, tidak ada langsung rasa jemu dan bosan. Itulah kebesaran allah yang diberikan kepada umat manusia yang beriman kepadanya.
Sewaktu mendengar kuliah itu terlintas juga untuk bertanya kepada penceramah. Lintasan itu muncul setelah mendengar beliau mengatakan bahawa dunia ini tidak akan dikiamatkan oleh Allah selagi ada yang mengucapkan Allah dan Laillah Ha Illallah. Mengapa terlintas sedemikian ialah kerana usaha-usaha dakwah yang dijalankan menyebabkan semakin ramai orang Islam mengucapkan kalimah Allah. Jadi apabila semakin ramai yang mengucapkan kalimah Allah tentu lambat lagi dunia akan kiamat. Apa yang aku teringin nak tanya ialah bagaimanakah ucapan yang dimaksudkan itu. Adakah ucapan yang disertakan dengan tasdiq di hati atau hanya sekadar ucapan biasa. Ini kerana di zaman sekarang orang bukan Islam pun mengucapkan Allah dan ada yang boleh mengucapkan Laillah Ha Illallah serta mengucap dua kalimah syahadah.
Sekiranya kiamat itu masih jauh kerana semakin ramai orang mengucapkan Allah tetapi kita juga harus sedar bahawa kiamat itu semakin dekat dengan tanda-tanda kecil dan besar yang majoritinya sudah dipertunjukkan oleh Allah. Antaranya ialah gempa bumi yang menjadi-jadi. Hari ini kita dapat mendengar berita tentang gempa bumi yang semakin kerap. Di samping itu juga terdapatnya ramai wanita daripada lelaki sehingga di sektor awam kita CEUPACS sudah melahirkan kebimbangan lebih ramai pekerja wanita dari lelaki.
Adakah 2012 itu dunia akan kiamat seperti yang digambarkan melalui filem berkenaan. Ramalan-ramalan bahawa dunia akan kiamat juga menunjukkan 21 Disember 2012 akan berlaku kiamat. Baca blog ini. Antara ramalan bahawa dunia akan kiamat pada 2012 terdapat melalui kalendar Mayan. Satu lagi ramalan ialah yang dibuat oleh Nostradamus.Dalam blog End of the world 2012 disenaraikan 9 ramalan yang dunia akan kiamat pada tahun 2012.
Walau apa pun kita sebagai umat Islam hendaklah tidak mempercayainya kerana tarikh berlakunya kiamat itu adalah rahsia Allah Ta'ala. Janganlah terpengaruh dengan propaganda ciptaan Yahudi kerana tugas mereka ialah untuk menyesatkan kita umat Islam. Apa yang wajib kita yakinkan ialah Kiamat itu akan tetap terjadi. Wallahu Alam.
No comments:
Post a Comment