1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Wednesday, March 03, 2010

Ish Ish Ish.....Budak-budak Lagi Tu

Jomheboh baharu sahaja selesai majlis pelancarannya yang diadakan di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil. Ia merupakan kicik off untuk siri Jomheboh yang akan dijalankan di seluruh negara. Terik matahari tidak menghalang orang ramai untuk berpusu-pusu datang sama ada just nak tengok-tengok (macam aku) ataupun mengambil kesempatan melihat selebriti TV3 secara live dan lebih dekat ataupun nak borong barangan makanan ringan secara murah. Entahlah, murah ke? Kali ini aku tak beli apa-apa makanan pun. Disamping itu ada juga yang mengunjung Jomheboh nak taste makanan free. Pindah dari satu booth ke satu booth. Dapat makan sikit pun dah cukup.

Apa yang ketara tahun ini tidak ada penyertaan Hotlink yang menjadi trademark Jomheboh sebelum ini. Susunan khemah-khemah pun lebih tersusun kali ini dan pengunjung tidaklah pening sangat hendak berarak dari satu kawasan ke satu kawasan seperti yang berlaku pada hujung 2009 di tempat yang sama.

Pada hari pertama aku pergi just nak tinjau-tinjau apa yang ada. Hopping dari satu booth ke satu booth. Sebenarnya setiap tahun tidak ada something new hingga terasa jua ia telah menjadi satu rutin sejak mula diadakan dulu. Seperti biasa ada booth yang dikendalikan oleh rancangan-rancangan yang disiarkan di TV3 dengan memperagakan selebriti masing-masing. Ada juga nampak kali ini surau disediakan di tempat yang lebih strategik dan boleh dikatakan berada di tempat yang lebih cenrtal. Macam tu lah hendak letakkan surau. Semua pengunjung boleh mengunjunginya dengan muda dan berhawa dingin lagi. Yang ini saya tabik kat planner tapak. Selalunya suru ni diletakkan di tempat-tempat yang tersorok, jauh atau hanya tempat yang make shift seperti yang terdapat di kebanyakan gedung membeli belah besar. Mungkin malu kot nak bagi tahu kepada orang ramai bahawa tempat mereka disediakan surau.

Rumah hantu pun masih ada kali ini. Tak tahulah mengapa manusia ni suka sangat nak tengok hantu sedangkan tahu bahawa 'hantu' yang ada itu hanyalah manusia biasa yang berlakun untuk menakutkan-nakutkan pelawat. Dah teringin sangat, jumpa hantu betul-betul baru tau.

Apa yang baru tahun ini ialah adanya booth RTM yang mempromosikan Piala Dunia 2010 yang akan diadakan di Afrika Selatan pada bulan Jun nanti.

Sebelah malam aku keluar lagi kerana rumah dengan lokasi tidak jauh. Lagipun tak payah nak susah-susah bayar parking kalau pergi dengan kereta. Tapi bagi memudahkan pergi dengan morotsikal saja. Makan malam dekat food court KSN sebab lebih murah berbanding dengan gerai-gerai yang disediakan di kawasan berhampiran dengan stesen LRT. Anak nak makan nasi ayam. Tanya berapa harga penjual cakap RM5.00. Memang dah agak dah harga jualan makanan di tempat-tempat keramaian seperti itu memang lebih mahal kerana peniaga mengambil kesempatan mengaut untung lebih. Bila dah tahu harganya RM5.00 dan kuantiti nasinya pun seciput saja, aku membatalkan niat untuk makan di situ.

Lepas itu pergi pula ke satu gerai berhampiran, ada Nasi ayam juga tetapi bila nampak penjual air menghisap rokok sambil menguruskan gerainya, terus aku tak lalu nak makan. Sebab kalau order makanan, air pula tentunya dari penjual air itu. Peniaga makanan majoriti tak tahu menjaga kebersihan. Makan malam di food court. Nasi ayam di gerai mummy. Harganya pun macam biasa dan kuantiti nasinya 2 kali ganda dari di gerai yang aku kunjungi awal tadi.

Bila cakap pasal harga makanan mahal, sudah menjadi perkara biasa di tempat keramaian. Air gelas ada yang dijual dari RM 1.00 naik kepada RM 1.50. Ada juga peniaga yang jujur tetap menjual dengan harga biasa iaitu RM 1.00. Satu lagi yang aku terasa marah dan menyumpah ialah apabila anak aku membeli minuman dalam tin pada malam penutup. Bayangkan satu tin dijual dengan harga RM 4.00. Memang cekik darah betul. Sudah pastinya peniaga Melayu kerana yang minat dengan pesta dan keramaian ialah orang Melayu. Bagi peniaga tersebut yang dia nampak ialah duit dan tidak ada langsung soal halal haram. Rezeki yang dia kaut secara haram itu kemudiannya digunakan pula untuk menanggung anak bini. Termasuklah masuk perutnya sendiri.

Selepas selesai makan di gerai mummy itu, aku nampak satu keadaan yang membuatkan aku mengucap panjang. Sekumpulan anak-anak muda (memang muda tersangat) yang rasanya masih di bawah 15 tahun (mungkin juga masih bersekolah rendah jika tidak pun tingkatan 1). Dia orang ni duduk bersantai di meja food court. Apa yang membuatkan aku terkejut yaamat ialah salah seorang dari budak perempuan itu merokok. Selamba je. Berpinau aku nampak kanak-kanak yang masih muda itu menyedut rokoknya. Astagfirullah.........
Tapi yang buatkan aku lagi terkejut ialah seorang kanak-kanak perempuan duduk selamba je atas pangkuan budak-budak lelaki yang maybe la boyfriend dia kot. Mesra sekali. Budak lelaki tu pun peluk dan belai budak perempuan itu dengan penuh mesra. Kalau dah sampai macam tu kemesraan mereka di tempat awam, aku tak hairan kalau mereka melakukan lebih dari itu di tempat tersembunyi. Adalah perkara biasa bagi aku jika pasangan itu anak muda yang sudah menjangkau hujung keremajaan mereka. Ini budak-budak yang mungkin baru darjah 6 atau tingkatan 1. Nauzubillah.

Rasanya penganjur pesta di masa akan datang akan melibatkan bersama pihak-pihak "Amal Makruf, Nahi Mungkar  untuk mencegah perkara-perkara macam ini. Dah terlampau sangat. Kalau nak dikira bercampur aduk lelaki dan perempuan tu tak dapat kata apa dah Sudah jadi bubur basi dan memang tidak dapat dicegah lagi dalam dunia moden ini. Pihak berkuasa agama pun dah labelkan Sureheboh (sebelum bertukar kepada Jomheboh) sebagai Haram kerana adanya percampuran seperti itu. Tetapi perangai budak-budak yang masih berhingus itu adalah amat terlampau dan perlu dibendung. Inilah generasi yang akan mewarisi negara dan agama Islam di masa akan datang.  

2 comments:

Khaizarien said...

agaknay macam mana keadaan mereka bila besar nanti ye?...sape yg harus d salahkan?....tingin nk betulakn keadaan tpi xtau mcmane...moga anak2 tersebut dapat hidayah dariNya

Khaizarien @ atie Blog

zach said...

pada mulanya teringin juga saya pergi menasihatkan dia tetapi saya seorang diri sedangkan mereka lebih kurang 10 orang, tentu tak terdaya. lagipun budak-budak zaman sekarang ramai yang tidak menghormati org tua dah. Saya cuma kesal dan mengharapkan Allah membuka hati mereka untuk insaf.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List