Tentu ramai yang telah melihat satu iklan baru di kaca TV tentang satu produk pewangi mulut berjenama Malam Jumaat.
Bagi ramai pembaca Malam Jumaat ni mempunyai maksud yang terselindung walaupun sering kita jadikan sebagai bahan gurauan. Tak payahlah saya sebutkan secara lebih mendalam maksud Malam Jumaat.
Iklan tersebut lebih kurang begini: Pekerja di sebuah pejabat bersiap untuk pulang awal selepas masing-masing menyembur pewangi mulut. Apabila kesemua pekerja meninggalkan pejabat seorang lelaki (Boss la kot) tertanya-tanya mengapa pekerja tergesa-gesa hendak pulang awal sehinggalah dia terjumpa botol semburan pewangi berjenama Malam Jumaat itu. Selepas menyembur pewangi itu ke dalam mulutnya, dia pun menelefon isterinya memberitahu yang dia hendak pulang awal sebab Malam Jumaat.
Tidak pastilah apa tafsiran penonton. Sewaktu iklan itu disiarkan, yang saya bimbang jika anak saya yang masih bersekolah rendah itu bertanya apa maksudnya Malam Jumaat. Saya tercari-cari juga apakah jawapan yang harus saya jawab jika dia bertanya. Kebimbangan saya ialah kerana pernah dia bertanya kepada saya apa maksud hubungan seks. Susah juga saya hendak menjawab. Kita yang hidup dalam masyarakat Timur dan dibelai dengan agama Islam, persoalan tentamng seks ini masih taboo.
So, apa tafsiran anda? Wajarkah ia terus disiarkan? Bagi penonton dewasa tidak ada masalah kerana faham maksud di sebalik Malam Jumaat itu.
2 comments:
Tak patut disiarkan dan tak patut diluluskan nama produk 'Malam Jumaat' tau seumpamanya. nanti ada yang namakan produk 'Pancuran Sulong'. Nama produk juga perlu ada Etika.
Itulah perniagaan dah mengambil peluang dengan nama-nama yang menarik perhatian orang ramai. Bukan setakat produk Malam Jumaat sahaja tetapi produk lain seperti Kopi Janda, Kopi Jantan dan sebagainya juga boleh membawa gambaran yang tidak sopan.
Post a Comment