1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Friday, April 02, 2010

Al Fatihah Buat Din Beramboi

Berita yang saya dengar pagi ini sebaik sahaja masuk ke dalam kereta ialah Mior Ahmad Fuad bin Mior Badri atau lebih popular dengan nama Din Beramboi meninggal dunia. Al Fatihah disedekahkan kepada Allahyarham.

Kepada keluarga Allahyarham diucapkan takziah. Allahyarham meninggal pada jam 12.30 pagi di bilik ICU, Hospital Selayang kerana Dengue Shock Syndrome


AL FATIHAH buat roh Allahyarham. Semoga Allah tempatkan Allahyarham bersama-sama orang yang beriman di sisiNya.  
Din dalam kenangan.........................................

1 comment:

Unknown said...

Al-Fatihah...semoga roh nya dcucuri rahmat dan ditempatkan dengan org beriman...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List