Di manakah tempat yang selamat untuk harta benda anda? Saya rasa semua orang akan bersetuju bahawa memang tidak ada tempat yang selamat.
Pagi ini bila datang pejabat, dapat satu berita bahawa sebuah kereta rakan sepejabat telah dicuri. Kereta Daihatsu Charade oren no pendaftaran BEP 9986 telah dicuri di depan hidung. Kereta di letakkan di tempat letak kereta di hadapan bangunan pejabat di Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil. Sebulan lepas juga di tempat yang sama kereta seorang lagi rakan setugas, Satria GTI juga dicuri. Kedua-dua kenderaan hilang pada zon waktu yang sama iaitu antara 4.30 petang dan 6.00 petang.
Kenderaan anda walaupun dilengkapi dengan peralatan keselamatan seperti pengera, kunci tambahan dan sebagainya masih lagi belum selamat. Penjenayah juga menggunakan kaedah terkini untuk menguci kenderaan. Jika pengera kecurian tidak dapat dikesan, cuba bayangkan bagaimana liciknya pencuri tersebut mencuri kenderaan. Ini kerana kedudukan kedua-dua kenderaan yang dicuri itu tidak sampai pun 50 meter dari pos pengawal. Jadi sudah pasti pengera keselamatan tidak berbunyi untuk menarik perhatian orang di sekitar. Apa lagi ianya tempat terbuka. Persoalan yang bermain di kalangan kami ialah adkah kenderaan itu dicuri menggunakan kereta tunda. Itupun tak kanlah pengawal tidak sedar kerena mereka kenal kereta siapa yang ditarik itu.
No comments:
Post a Comment