1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Monday, April 05, 2010

Tak Kisahlah Orang Nak Hina Islam Pun

Pagi tadi sebaik sahaj sampai pejabat, terus buka email untuk check mail yang dihantar oleh kawan aku. Aku tahu ada email tu dalam Blackberry. Nak buka baca dari BB lambat sikit so tunggu buka guna desktop. 

Ianya tentang satu lagi penghinaan oleh orang-Yahudi terhadap orang Islam. Membuak juga darah aku melihat penghianan sebegitu. Tapi nampaknya ramai orang Islam yang buat tak kisah je. Aku terus buat posting dan register kat gengblogger. Gengblogger pun rasanya dah tarik keluar posting aku itu beberapa minit selepas itu kerana bila aku nak check score, posting tu dah tak ada. 

Dulu selepas pengganas menyerang Twin Towers di Amerika Syarikat, keluar pula imej yang menunjukkan Kaabah diserang dan dibom. Selepas itu dibina pula sebuah pub di New york yang berbentuk replika Kaabah iaitu Apple Mecca. Baru-baru ini Islam terus dihina apabila akhbar di Sweeden menyiarkan kartun mempersenda Nabi Muhammad. Dulu kat Denmark. Permainan kanak-kanak juga tidak terlepas daripada terus menghina Islam dan Muhammad S.A.W. Lantas kita sokong pula syarikat pembuat permainan kanak-kanak itu untuk membina kilang terbesar di rantau ini di Iskandar Malaysia. Inilah yang saya katakan orang Islam sendiri tidak terasa terhina apabila orang lain menghina Agama Islam yang suci ini. Allahhu Akbar!!

1 comment:

@fitridzulkifli said...

sgt kisah oke. bru2 lagi bynk ade laaa.utube,etc, pelbagai media,terutama facebook dan twitter.
yang peleknya,xban pulak benda2 macam tuh. patotnye,ban bende tuh la, bru la ban blog ke ape ke.




http://fitridzulkifli.blogspot.com

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List