Hari ini tentu ramai yang menerima email pemberitahuan yang akaun mereka dikreditkan RM20.00 melalui Project Alpha Instant Cash Blogging. Aku juga menerima email yang memberitahu yang aku tidak tersenarai di dalam 50 penyertaan pertama diterima. Jadi sudah empat kali entry aku tidak berada dalam senarai 100 penyertaan yang awal. Memang itu dikatakan tidak ada rezeki.
Tapi apa yang menjadi persoalan di fikiranku ialah berapa awal dianggap sebagai awal. RM 20 tu bukanlah besar sangat nilainya tetapi segala usaha, masa dan akses internet untuk menulis posting dan mempromosikan Nuffnang dan Project Alpha menjadi sia-sia. Jadi dengan email terakhir dari Nuffnang ni dah membuatkan aku keciwa.
Baru sebentar tadi aku mengambil keputusan untuk menurunkan segala banner Project Alpha dari kedua-dua blog aku yang sering menyertai PA dan selepas ini tidak akan menghantar lagi entry untuk Instant Cash Blogging itu. Aku tidak mahu lagi membuang masa menulis posting yang tergesa-gesa kerana hendak mengejar masa agar entry sampai dalam kelompok 100 pertama.
Memandangkan semakin ramai blogger yang tahu tentang PA dan IMG ini, sepatutnya Nuffnang mula memikirkan tentang kualiti posting untuk menjadi pemenang dan bukan lagi mengikut siapa dahulu dia dapat.
1 comment:
setuju tu..bila dah banyak sangat advertorial segera, kualiti karangan dah kurang=)
Post a Comment