1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Saturday, May 01, 2010

1 Mei - Hari Pekerja

Hari ini 1 Mei adalah hari pekerja dan merupakan hari cuti umum. Sayangnya ia jatuh pada hari Sabtu dan percutian itu tidak dapat dinikmati. Jadi tahun ini sudah rugi satu hari cuti. Seperti biasa kerajaan akan mengadakan sambutan hari pekerja. Tak tahulah di mana akan dianjurkan sambutan itu kerana tidak mendapat maklumat dan info tentang perkara itu. 

Apa yang aku rasa lebih dihighlight ialah tentang satu perhimpunan yang akan diadakan di Dataran Merdeka dan pihak polis telah cordon kawasan itu agar tidak ada sesiapa yang boleh masuk kawasan itu dan berhimpun. Satu lagi hak yang termaktub di dalam Perlembagaan telah dicabuli. 

Apa yang aku tahu perhimpunan itu akan diadakan secara aman untuk melancarkan Deklarasi Hari Pekerja tetapi acara tersebut terpaksa diubah ke lokasi lain kerana campurtangan pihak PDRM. Suka saya sebut bahawa dalam satu temuramah media dengan Arutchelvan, beliau bertanya mengapa hanya PERKASA sahaja dibenarkan berhimpun tetapi tidak kumpulan-kumpulan lain. 

Video malaysiakini yang disiarkan di dalam Youtube di bawah ialah tentang May Day Declaration yang sepatutnya dilakukan di tempat bersejarah di negara ini iaitu Dataran Merdeka sebagai melambangkan bahawa para pekerjalah yang membangunkan negara ini dan bukannya pemimpin yang rakus mengambil harta negara. 

Dalam beberapa perhimpunan aman sebelum ini timbul persoalan siapakah yang sebenarnya menimbulkan suasana kekecohan? Peserta perhimpunan atau pihak berkuasa?.
SELAMAT HARI PEKERJA 

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List