1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Tuesday, July 27, 2010

Dalam Penjara Pun Tidak Selamat?

Saya petik atrikal ini dari Harakahdaily.
Bapa dakwa anak ditatu dalam tahanan
Harakahdaily   
KOTA BELUD, 27 Julai: Seorang bapa hari ini mendakwa anak beliau ditatu secara paksa
oleh sekumpulan banduan sewaktu ditahan di penjara Kepayan, Kota Kinabalu, Mac lalu. 

Hassan Awang, 66, bapa kepada Hairul Hassan, 21, mendakwa kejadian tersebut berlaku
pada 19 Mac lalu, sewaktu anaknya itu ditahan bagi menunggu keputusan Mahkamah Majistret.
Menceritakan kejadian yang menimpa anaknya itu beliau memberitahu, antara jam 11 pagi
hingga jam 1 tengah hari pada tarikh berkenaan, empat orang banduan telah memaksa 
anaknya dengan kekerasan untuk ditatu.
Mereka diketuai oleh seorang banduan yang dianggap ketua di penjara tersebut yang hanya
dikenali sebagai Bobby.
Malah lebih menyedihkan katanya, seorang warden bertugas yang sepatutnya menghalang
perbuatan itu, turut membantu banduan tersebut menginiaya anaknya.
"Perkara itu disaksikan oleh dua warden, malah salah seorang daripada mereka
telah membantu mengisi dakwat ke dalam mesin tatu.
"Anak saya merayu supaya jangan ditatu kerana beliau seorang Islam dan Islam
mengharamkan penganutnya bertatu, namun rayuan anak saya tidak dihiraukan,"
katanya mengadu kepada Harakahdaily.
Menurut Hassan lagi, tatu di sebelah bahu (bawah) dan lengan
tangan kanan (kiri)anaknya itu berukuran 18 sentimeter lebar dan
28 sentimeter panjang.
Hairul ditahan di Balai Polis Kota Belud pada 5 Mac lalu dan kemudian
dibawa ke penjara Kepayan 12 Mac hingga 16 April bagi menunggu
keputusan kimia.
Selepas itu beliau kemudian dibawa semula ke Balai Polis Kota Belud
untuk tahanan lanjut.
Dia kemudian didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah
Berbahaya 1952 dan dijatuhkan hukuman penjara pada 19 April.
Beliau sekali lagi dibawa ke Penjara Kepayan untuk menjalani hukuman sehingga dibebaskan
25 Mei lalu.
Menurut Hassan, kegiatan itu berleluasa di penjara tersebut
di mana mesin tatu tersebut didakwa bergerak bebas tanpa sebarang
halangan pihak berkuasa penjara.
Ianya juga digunakan secara bergilir-gilir oleh banduan di penjara tersebut.
Namun apa yang dibimbanginya, kesan penggunaan bergilir-gilir tersebut
kerana ada di antara penagih menghidap penyakit HIV Aids.
"Ada kalangan banduan itu penagih dadah dan mesin ini tercemar dengan
darah. Risiko sangat tinggi untuk dijangliti HIV Aids," katanya kerisauan.
Biarpun sudah dibebaskan, anaknya kini berada dalam keadaan bertatu,
ketakutan dan trauma dengan pengalaman mengerikan yang menimpanya.
"Dengan pendedahan ini saya harap Menteri Dalam Negeri, dan pihak Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (Jakim) dapat bertindak sewajarnya," katanya mengharapkan satu
tindakan tegas pihak berkuasa.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List